Luno Malaysia kini mengumumkan penambahan dua lagi penawaran kriptowang untuk pengguna tempatan, iaitu kriptowang Cardano (ADA) dan juga Solana (SOL). Kedua-duanya boleh dijual-beli melalui platform Luno di Malaysia bermula 21 September 2022 untuk Cardano, dan bermula 6 Oktober untuk Solana.