Untuk memastikan komputer dapat berfungsi degan optimum, sistem penyejukan yang baik diperlukan. Selari dengannya, untuk penggunaan komputer kuantum generasi seterusnya, para saintis di IBM telah membangunkan sistem penyejukan yang diberi nama Goldeneye. Ia berbentuk silinder dengan kemampuan menurunkan suhu ke 23 mK yang lebih sejuk berbanding angkasa lepas.