Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, Adidas Terrex telah melancarkan sejadah yang direka khusus untuk penganut agama Islam yang ingin mengerjakan ibadah solat dengan selesa ketika sedang beriadah. Sejadah ini diperbuat daripada bahan poliester ringan yang tidak membebankan untuk dibawa ketika mendaki misalnya. Ia juga kalis air supaya boleh menjadi pelapik ketika bersolat di kawasan lapang.
Categories