Jika tidur adalah pertandingan, pasti kucing menjadi juara berturut-turut untuk acara berkenaan. Hal ini kerana, menurut pakar, selain daripada makan, aktiviti utama kucing yang lain adalah tidur tanpa kira waktu sama ada siang mahupun malam. Secara purata, kucing tidur sekitar 12 hingga 16 jam sehari. Namun, ada keadaan lain yang mana durasi tidur mereka boleh mencecah sehingga 20 jam dalam tempoh 24 jam.
Categories