Categories
Sukan

Salah Cipta Rekod Sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL

Dua jaringan Mohamed Salah ketika turun menentang Leeds United pada awal pagi tadi telah meletakkannya sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Penyerang kelahiran Mesir berusia 30 tahun itu mencipta dua jaringan menerusi kaki kirinya yang membantu Liverpool merakamkan kemenangan besar 6-1 Leeds United. Dua jaringan itu membolehkan Salah melepasi rekod 105 gol melalui kaki kiri yang dipegang oleh bekas pemain England, Robbie Fowler.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *