Selain penghantaran SMS dengan URL, SKMM mengarahkan untuk menghalang penghantaran SMS yang mengandungi nombor telefon mudah-alih atau talian tetap untuk dihubungi. Perkara ini dijangka akan dikuat-kuasa oleh syarikat telekomunikasi bermula 2 Julai 2023 kelak. Langkah ini dijangka akan terus mengurangkan kadar penipuan yang berlaku melalui SMS, selain melindungi lagi pengguna.