Categories
Sains

SpaceX Akan Membina Kapal Tunda Untuk Melupuskan Stesen Angkasa Antarabangsa

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) akan berhenti beroperasi pada tahun 2030 dan dinyahoribit pada tahun 2031 bagi menamatkan operasi yang bermula sejak 1998. Selari dengannya, kini NASA telah menganugerahkan kontrak kepada SpaceX untuk membina Kenderaan Nyahorbit Amerika Syarikat (USDV) yang akan menjadi kapal tunda untuk menarik ISS keluar daripada orbit dengan selamat. ISS kemudian akan kembali ke bumi dan terhempas di Point Nemo yang terletak di Lautan Pasifik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *