Bersempena meraikan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu bersama Hari Malaysia pada 16 September kelak – Pos Malaysia kini tampil dengan edisi setem terhad iaitu setem NFT pertama negara. Sebanyak 14 setem edisi terhad ditawarkan, dan setiap pembelian turut hadir dengan kebolehan untuk tebus NFT khusus untuknya.