Hospital Kuala Lumpur kini menjadi hospital kerajaan pertama yang menawarkan perkhidmatan pembedahan menggunakan teknologi robot. HKL menggunakan sokongan Robotic Surgery Assisted (ROSA) untuk pembedahan penggantian sendi lutut dan juga pinggul kepada pesakit.
Month: September 2022
Pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif – apabila alami peningkatan 4.5% jumlah penduduk bekerja di negara kepada 15.98 juta individu. Data setakat Julai 2022 pada Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia ini jelas menunjukkan pertumbuhan buruh negara terus diperkasakan dari semasa ke semasa.
Nestle kini mula menawarkan pilihan rangkaian minuman tanpa tenusu, dibawah jenama Nestle Dairy Free. Dua variasi minuman yang ditawarkan adalah Nescafe dan juga Milo. Sebagai alternatif kepada susu, Nestle menggunakan susu badan dan juga oat sebagai ganti.
Twitter kini mula menguji bentuk paparan video yang baharu pada aplikasi mereka, iaitu secara menegak, dan boleh ditatal ke atas dan bawah, seumpama TikTok. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membuatkan pengguna lebih terikat dengan platform Twitter, disamping berkongsi lebih banyak video ke platform tersebut.
Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan permainan berasaskan awan mereka, iaitu Stadia. Google akan menamatkan perkhidmatan ini sepenuhnya pada 18 Januari 2023. Google akan memulangkan kembali wang kepada para pembeli perkhidmatan Stadia.
Portal Taste Atlas meletakkan roti canai di kedudukan pertama dalam senarai makanan jalanan terbaik di dunia. Hidangan negara Asia lain turut mendominasi senarai Top 5 dengan Lumpiang Shanghai (Filipina) di tempat kedua, Karaage (Jepun) di tempat ketiga, Banh Mi (Vietnam) di tempat keempat dan Paratha (India) di tempat kelima.
Grab hari ini berkongsi mengatakan mereka sedia mengoperasikan bank digital di Singapura, dan bakal memperluaskan penawaran bank digital ke dua buah negara lagi pada tahun hadapan, iaitu di Malaysia dan juga Indonesia. Sebelum ini, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan lima lesen untuk bank digital, dan Grab merupakan salah satu konsortium yang menerimanya.
Carsome, pengendali jualan kenderaan terpakai secara atas talian di rantau Asia Tenggara kini dimaklumkan turut melaksanakan pemberhentian sebilangan pekerja pada syarikat. Mengikut beberapa laporan, ia dianggarkan sekitar 10% terkesan, disamping pihak pengurusan yang tidak akan mengambil gaji untuk baki tahun ini.
NFT merupakan salah satu perkara yang hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan mencapai kemuncak nilai dagangan pada awal tahun ini. Namun, kadar dagangan NFT kini dilihat jatuh sehingga 97% berbanding Januari 2022. Pada Januari, nilai dagangan NFT mencapai $17 bilion, tetapi kini ia sekitar $466 juta – yang mana masih tinggi, tetapi memperlihatkan trend penurunan.
Kira-kira 60% Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion, kata Menteri Kanan Kerja Raya. Memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, rundingan dengan syarikat konsesi sedang diadakan, selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan jalan yang sudah luput tempoh hayat itu.