Categories
Teknologi

ChatGPT Menggunakan 500ml Air Untuk Setiap 5 ke 50 Prompt

Mengikut pengkaji di University of California, kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan LLM yang lebih kurang sama, menggunakan sehingga 500 mililiter air untuk setiap 5 ke 50 prompt yang dijalankan. Dengan penggunaan global yang tinggi, ia sekaligus membawa kepada penggunaan air yang tinggi dalam menyejukkan pusat data berkenaan.

Categories
Teknologi

Microsoft Menamatkan WordPad – Akan Dibuang Melalui Kemaskini Windows

Microsoft kini memaklumkan yang mana WordPad tidak lagi dikemaskini, dan akan dibuang melalui kemaskini akan datang Windows. Bagi yang tidak mengenali akan WordPad, ia boleh digunakan untuk membuka fail-fail berformat .doc, .rtf, dan juga .txt. WordPad telah diperkenalkan secara rasmi sekitar 28 tahun lepas, melalui Windows 95. Sejak dari itu, WordPad disertakan pada pelbagai versi Windows terbaru.

Categories
Sains

Kajian Mendapati 56% Lautan Dunia Telah Berubah Warna Kerana Perubahan Iklim

Jika ditanya kepada anak kecil apakah warna laut, jawapan yang diberikan biasanya ialah biru. Tetapi kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology mendapati warna lautan dunia sudah berubah sejak 20 tahun kebelakangan ini dari dahulunya kebiruan ke kehijauan. Perubahan ini lebih ketara di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.

Categories
Semasa

MAS Benarkan Penumpang Bawa Bekal Makanan Sendiri Kerana Masalah Katering

Terbaru, MAS mengumumkan penumpang diberikan pilihan untuk membawa bekalan makanan sendiri dalam pesawat disebabkan oleh masalah katering yang sedang dihadapi oleh MAS. Isu katering menyebabkan beberapa penerbangan MAS terpaksa dibatalkan minggu ini selepas mereka menamatkan kontrak dengan pembekal mereka Brahim’s Food Services (BFS) baru-baru ini.