Categories
Semasa

Sarawak Bakal Bekal Tenaga Elektrik Ke Sabah, Menjelang 2024

Sarawak menjelang tahun 2024 akan mula mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah di bawah projek penjanaan Northern Grid Extension. Pembekalan elektrik ini dimaklumkan akan melibatkan penghantaran sejumlah 30MW ke Sabah Electricity. Ini bukanlah kali pertama Sarawak mengeksport tenaga elektriknya ke kawasan lain – antara yang turut menerima pembekalan elektrik Sarawak adalah Kalimantan, Indonesia sebanyak 89.6MW sejak September 2016 lagi.

Categories
Sukan Teknologi

Bola Pintar Adidas Sekali Lagi Mengesahkan Ronaldo Tidak Menjaringkan Gol

Portugal menunjukkan Uruguay 2-0 dalam perlawanan Piala Dunia peringkat kumpulan. Gol pertama Portugal dianugerahkan kepada Bruno Fernandes tetapi Cristiano Ronaldo mengatakan ia sepatutnya milik beliau. FIFA mengesahkan bola pintar Adidas Al Rihla yang dilengkapi Unit Mengukur Inertia (IMU) tidak mengesan sebarang perubahan interia dalam perjalanan ke gol. Ini sekaligus memberikan keputusan muktamad gol dijaringkan oleh Fernandes bukannya Ronaldo.

Categories
Sukan

J&T Express Menamakan Lionel Messi Sebagai Duta Global

J&T Express merupakan salah satu syarikat logistik yang popular bukan sahaja di Malaysia, tetapi turut menawarkan perkhidmatan di beberapa buah negara. Kini, dalam terus mempromosikan jenama mereka, J&T Express telah melantik duta global pertama mereka, iaitu Lionel Messi. Nilai yang dibelanjakan tidak dinyatakan kedua-dua pihak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kereta Elektrik ORA Good Cat Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM139,800

GMW kini telah membawa salah satu kenderaan terbaharu untuk pasaran Malaysia, iaitu ORA Good Cat. Kereta elektrik ini telah pun dilancarkan secara rasmi sebentar tadi, dan akan dijual pada harga bermula RM139,800 untuk pasaran Malaysia. Dua variasi ditawarkan, dengan jarak perjalanan mencapai 400km dan juga 500km masing-masing.

Categories
Sains

China Sedang Bangunkan Sistem Nuklear Baharu Untuk Menjana Tenaga Di Bulan

China kini sedang membangunkan sebuah sistem nuklear baharu yang akan digunakan di stesen Bulan menjelang 2028 kelak. Tenaga yang dijana akan digunakan dalam memudahkan operasi peralatan di Bulan, termasuk untuk menjana oksigen, air dan sebagainya. Tenaga ini juga penting untuk tujuan komunikasi dan pemindahan data.

Categories
Sukan

Johor Darul Ta’zim Sapu Bersih Empat Piala Musim 2022

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan trofi kemenangan Piala Malaysia, selepas menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1. Terdahulu, JDT turut telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super tanpa kalah, menjuarai Piala FA dengan menumpaskan Terengganu FC dan menjulang Piala Sumbangsih hasil mengalahkan Kuala Lumpur City FC (KL City).

Categories
Gaming Teknologi

PlayStation 6 Mungkin Hadir Sekitar 2027 Atau 2028

Sony kini mengatakan sekiranya pengambil-alihan Activision oleh Microsoft berlaku, terdapat kemungkinan permainan dibawah Microsoft mungkin ditarik daripada PlayStation menjelang 2027, dan Sony mengatakan ia memberikan kesan terhadap peralihan pengguna ke konsol generasi baharu kelak. Ini sekaligus memberikan gambaran konsol Sony generasi seterusnya hadir seawal 2027 atau 2028 kelak.

Categories
Semasa Sukan

Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Apple kini dilaporkan telah menyatakan minat dalam mengambil alih salah satu pasukan bola sepak popular di dunia, iaitu pasukan Manchester United. Selain Apple, beberapa pihak lain turut dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mendapatkannya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Ingin Memecut Lebih Laju? Mercedes-Benz Kini Menawarkannya Dalam Bentuk Langganan

Terbaru, Mercedes-Benz menawarkan peningkatan kelajuan dalam bentuk langganan. Dinamakan “Acceleration Increase”, ia membolehkan pengguna membayar sebanyak $1200 setahun untuk menikmati kadar peningkatan pecutan sekitar 24% berbanding kebiasaan. Penawaran ciri ini disediakan kepada pemilik kenderaan Mercedes-EQ EQE dan juga Mercedes-EQ EQS.

Categories
Faktaria Gaya Hidup

Ikan Emas Seberat 30Kg Ditemui Di Perancis

Secara purata, sekiranya diberi makanan yang mencukupi, kebanyakan ikan emas akan mempunyai berat sekitar 0.23kg. Dan di dalam beberapa kes, ikan emas gergasi berpotensi untuk mempunyai saiz yang lebih besar iaitu sekitar berat 1.8kg. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pemancing telah menemui seekor ikan emas dengan berat mencecah 30kg di BlueWater Lakes di Perancis.