Categories
Faktaria Gaya Hidup

Bulu Burung Huia Dijual Pada Harga Sekitar RM133,820 Sehelai

Pernahkah anda mendengar tentang burung Huia? Jika tidak, tahukah anda burung Huia merupakan spesies burung yang jarang ditemui. Apa yang menjadikan burung Huia ini unik adalah ia mempunyai kilauan logam hijau dan berwarna ungu kebiruan. Baru-baru ini, menurut Webb’s Auction House, mereka menerima bidaan untuk sehelai bulu burung Huia New Zealand dijual pada harga $46,521 NZD (sekitar RM133,820)

Categories
Faktaria

Kucing Menghabiskan Lebih Separuh Dari Hari Mereka Dengan Tidur

Jika tidur adalah pertandingan, pasti kucing menjadi juara berturut-turut untuk acara berkenaan. Hal ini kerana, menurut pakar, selain daripada makan, aktiviti utama kucing yang lain adalah tidur tanpa kira waktu sama ada siang mahupun malam. Secara purata, kucing tidur sekitar 12 hingga 16 jam sehari. Namun, ada keadaan lain yang mana durasi tidur mereka boleh mencecah sehingga 20 jam dalam tempoh 24 jam.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda Kawasan Paling Mahal Untuk Membeli Air?

Menurut sebuah laporan, kawasan yang paling mahal untuk mendapatkan air di dunia adalah Venezuela. Kos satu liter air di negara ini mencecah $3.71, atau sekitar RM15.60. Selain Venezuela, terdapat beberapa kawasan di dunia yang menghadapi masalah yang sama. Negara-negara seperti Libya, Tunisia, dan Algeria semuanya menghadapi masalah krisis air yang serius.

Categories
Faktaria Gaya Hidup

Ikan Berwarna-Warni Ditemui Di Lautan Hindi – Diberi Nama ‘Finifenmaa’ Yang Bermaksud Bunga Ros

Baru-baru ini juga, di perairan Maldives iaitu di kepulauan kecil yang terletak 466 batu dari India, seekor ikan berwarna-warni telah ditemui. Dari segi rupa luaran, ikan Cirrhilabrus finifenmaa atau nama biasanya rose-veiled fairy wrasse menampilkan warna yang versatile seperti warna merah-oren yang menarik pada mukanya dan kemudiannya beransur-ansur pudar kepada timbulan kuning dan ungu berhampiran ekornya.

Categories
Faktaria Gaya Hidup

Ikan Emas Seberat 30Kg Ditemui Di Perancis

Secara purata, sekiranya diberi makanan yang mencukupi, kebanyakan ikan emas akan mempunyai berat sekitar 0.23kg. Dan di dalam beberapa kes, ikan emas gergasi berpotensi untuk mempunyai saiz yang lebih besar iaitu sekitar berat 1.8kg. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pemancing telah menemui seekor ikan emas dengan berat mencecah 30kg di BlueWater Lakes di Perancis.

Categories
Faktaria Semasa

Zamrud Terbesar Di Dunia Ditemui Di Zambia – Mempunyai Berat 1.5kg

Menerusi laman Guinness World Records, sebuah batu permata zamrud yang belum dipotong telah ditemui di Zambia. Ia merupakan zamrud yang terbesar di dunia yang mempunyai berat luar biasa iaitu 7,525 karat sekitar 1.505 kg. Zamrud itu pertama kali ditemui oleh ahli geologi Manas Banerjee dan Richard Kapeta serta pasukan mereka pada tahun lepas sekitar bulan Julai 2021 di lombong Kagem yang terletak di Wilayah Copperbelt Zambia.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda? Restoran Pertama Di Malaya Adalah Di Ipoh

Tahukah anda, restoran pertama di Malaysia adalah FMS Bar yang terletak di Brewster Road (kini dikenali Jalan Sultan Idris Shah), dan telah dibuka pada tahun 1906 lepas. FMS Bar masih lagi beroperasi berdekatan Padang Ipoh hari ini, dan ia pada asalnya merupakan kelab atau tempat untuk masyarakat bukan Eropah untuk berkumpul.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda? Ipoh Merupakan Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama Di Malaysia

Tidak ramai yang ketahui, tetapi Ipoh merupakan Pusat Pendaftaran Kenderaan Pertama di Malaysia. Ini membuatkan penggunaan nombor plat “A” untuk Perak. Selain itu, pembinaan tempat letak kereta bertingkat pertama di Malaya juga berlaku di Ipoh, pada tahun 1962 lepas.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda Setiap Berlian Mempunyai ‘Cap Jari’ Tersendiri?

Tahukah anda, setiap berlian mempunyai cap khusus dalam membolehkan ia dikesan kembali ke sumbernya. Terdapat beberapa kaedah, termasuk menggunakan lazer dinamakan Gemprint. Dalam sistem, ahli kimia akan pancarkan laser dengan ketumpatan rendah pada berlian. Ia akan mengenalpasti corak pantulannya kemudian didigitalkan dan disimpan.

Categories
Faktaria Sains

Siput Dengan Perisai Bersisik Ditemui Di Lautan Hindi

Sejenis siput baharu kini ditemui di Lautan Hindi, dimana siput tersebut mungkin mempunyai gaya hidup ekstrem, membawa kepada rongga pada badan yang mengeluarkan kimia, membentuk sisik besi dan melekat pada cengkerang. Ini sekaligus membentuk perisian pada badan siput tersebut yang hidup pada kedalaman laut sekitar 2400 meter.