U Mobile hari ini mengumumkan mereka telah pun memetarai perjanjian bersama pihak DNB untuk penawaran perkhidmatan, dan akan mula menawarkan perkhidmatan 5G secara komersil bermula 3 November 2022. Terdapat beberapa pelan yang menawarkan sokongan 5G, termasuk U Postpaid 38, U Postpaid 68, U Postpaid 68 dan juga U Postpaid 98 untuk pascabayar.
Month: October 2022
Celcom kini mengumumkan mereka akan menawarkan akses kepada perkhidmatan 5G bermula 1 November ini kepada pengguna pelan prabayar dan pascabayar terpilih. Celcom mengatakan tiada sebarang caj akses tambahan akan dikenakan untuk pengguna sehingga 31 Disember 2022, dan penggunaan kini adalah tertakluk kepada penggunaan kuota untuk setiap pelan dilanggan.
Telekom Malaysia melalui penawaran Unifi Mobile telah mula menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G kepada para pengguna mereka. Pelan paling murah disediakan oleh TM melalui pelan BEBAS, dimana pelanggan hanya perlu membayar hanya RM35 sebulan, dan mengakses data 5G tanpa had.
RHB kini menyasarkan pengenalan bank digitalnya bersama Boost Holdings menjangkakan akan dilaksana pada separuh kedua tahun 2023 kelak. Pembangunan untuk bank digital ini telah pun sedia dimulakan, dan ia memperlihatkan pelaburan sekitar RM1 bilion bagi kedua pihak.
Memahami lonjakan kaedah nirtunai melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Dengan langkah ini, BNM mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas-talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.
Mengikut ramalan terbaru, ia dijangka Apple akan membuang penggunaan butang fizikal pada bahagian sisi peranti melalui siri iPhone 15 kelak. Ini sekaligus akan membawa kepada pengenalan rekaan baharu – berkemungkinan selari pengenalan penggunaan USB-C pada iPhone.
NASA Merakamkan Gambar Matahari “Tersenyum”
NASA sering memerhatikan ruang angkasa, dan melakukan pelbagai kajian berkaitan dengannya. Terbaru, mereka berjaya merakamkan sebuah gambar matahari, memperlihatkan seumpama ia “tersenyum”. Dirakamkan menggunakan pencahayaan ultraungu, ruangan berwarna gelap pada matahari tersebut adalah lohong korona – yang turut menjadi punca utama pengarus kelajuan tinggi angin suria.
Menteri Kesihatan (Sementara), Khairy Jamaluddin kini berkongsi mengatakan kerajaan telah memulakan ujian vaksin Covid-19 berbentuk semburan yang perlu disedut sedang diuji di Malaysia. Melalui vaksin ini, orang ramai hanya menyedut semburan vaksin selama sekitar 5 saat, dan prosesnya dilihat lebih pantas dan mudah.
Individu terkaya dunia Elon Musk pagi ini secara rasmi mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.
Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja.