Categories
Teknologi

Xiaomi Perlihatkan Teknologi Pengecasan Pantas 300W – Cas Penuh Telefon 100% Dalam Masa Kurang 5 Minit

Xiaomi kini memperlihatkan teknologi baharu yang dibangunkan mereka, iaitu kebolehan pengecasan pantas pada kadar 300W. Melalui teknologi ini, ia memperlihatkan kebolehan mengecas penuh bateri 4100mAh pada telefon Redmi Note 12 Pro+ dalam masa hanya 5 minit. Menggunakan video yang dikongsikan, Xiaomi mengecas sehingga 50% dalam masa hanya 2 minit 13 saat, dan dapat mencapai pengecasan penuh 100% dalam masa kurang 5 minit.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Sedang Berbincang Bersama Proton Dan Perodua Untuk Percepat Pengeluaran Kereta Elektrik (EV)

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang dalam proses berbincang bersama pengeluar kereta tempatan, iaitu Proton dan juga Perodua – dalam usaha untuk mempercepatkan pengeluaran kereta elektrik nasional. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan kenderaan elektrik mampu milik ditawarkan kepada pengguna – berbanding pada hari ini yang berharga agak tinggi.

Categories
Gaya Hidup

Pelitup Muka Bukan Perubatan Kini Perlu Miliki Cop SIRIM – Bermula 1 Julai Ini

Untuk memastikan jualan bekalan pelitup bukan perubatan memenuhi keperluan pemakaian buat pengguna Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini memaklumkan penguatkuasaan perakuan SIRIM pada pelitup muka tersebut akan dilakukan mulai 1 Julai 2023. Langkah ini sekaligus turut akan membawa kepada larangan import terhadap bekalan pelitup muka bukan perubatan yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara.

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian Mendapati Jam Tangan Pintar Boleh Mengganggu Fungsi Peranti Perentak Jantung

Sistem bioimpedans (bioimpedance) yang digunakan jam tangan pintar dan penjejak kesihatan untuk menyukat pelbagai data tubuh kini didapati boleh mengganggu peranti elektronik implan jantung (CIED). Mengikut kajian terbaru yang dikongsikan, antara yang terkesan ialah peranti perentak jantung (pacemaker), defibrilator kardioverter yang boleh diimplan (IDC) dan peranti terapi penyelarasan semula jantung (CRT).

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kerajaan Pertimbang Untuk Membolehkan Pembaharuan Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

Kerajaan kini berkongsi mengatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menawarkan kemudahan untuk para pemilik lesen memandu memperbaharui lesen mereka sehingga tempoh 10 tahun. Buat masa ini, ia hanya dibenarkan pembaharuan sehingga 5 tahun sahaja, dan dengan pengenalan baru ini kelak akan membolehkan pengguna memperbaharui lesen untuk tempoh yang lebih lama lagi.

Categories
Sains Sukan

Wilson Hadir Dengan Bola Keranjang Nirudara Yang Tidak Akan Kempis

Wilson Sporting Goods adalah pengeluar bola rasmi untuk NBA. Terkini, mereka telah hadir dengan prototaip bola keranjang yang tidak akan kempis. Bola ini adalah 3D Airless Prototype Basketball. Bola ini seperti namanya tidak memerlukan sebarang udara dan direka untuk tidak akan kempis selama-lamanya. Bola ini juga dikatakan mempunyai spesifikasi yang melepasi piawaian bola keranjang dari segi berat, saiz dan tahap lantunan.

Categories
Gaming

Rovio Akan Buang Permainan Asal Angry Birds Dari Play Store

Angry Birds merupakan salah satu permainan popular ketika permulaan era telefon pintar. Selepas beberapa tahun, kini nampaknya telah tiba penamat era permainan berkenaan. Rovio kini menyatakan mereka akan nyah-senarai permainan asal Angry Birds yang dilancarkan pada 2009, dimana kini disenaraikan dibawah nama Rovio Classics : Angry Birds. Disamping itu, pada platform iOS pula, permainan berkenaan akan dijenamakan semula sebagai “Red’s First Flight”.

Categories
Gaya Hidup

Netflix Mengurangkan Harga Pelan Asas Kepada RM28 Sebulan

Harga barang semua naik membuatkan ramai perlu berkira-kira dengan perbelanjaan harian. Dalam keadaan ekonomi yang agak gawat ini, Netflix Malaysia telah mengurangkan harga langganan bulanan untuk pelan Basic mereka ke RM28 berbanding RM35 bermula hari ini. Menerusi pelan asas, pelanggan dapat menstrim kandungan pada resolusi 720P pada telefon pintar, tablet, komputer dan juga TV.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Korea Selatan Merancang Memperkenalkan 6G Seawal 2028

Korea Selatan kini menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian telekomunikasi generasi ke-6, atau turut dikenali sebagai 6G, seawal 2028 kelak. Dengan langkah ini, ia meletakkan hanya sekitar 5 tahun lagi sebelum Korea Selatan melancarkan rangkaian 6G mereka. Sebelum ini, sasaran tersebut diletakkan pada 2030, tetapi kini diawalkan 2 tahun.

Categories
Sukan

Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Selepas menjaringkan lebih 183 gol untuk kelab dan negara sepanjang karier bola sepak, penyerang prolifik tanah air, Safee Sali mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun. Secara langsungnya, perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi penampilan profesional yang kompetitif terakhir buat kariernya.