Categories
Gaya Hidup Semasa

Pos Malaysia Memperluaskan Penawaran Melalui Pengenalan Pos Kafe

Pos Malaysia sedia memberikan nafas baharu kepada cawangan mereka, dengan mula menambah akses kepada kedai serbaneka dinamakan Pos Shop. Terbaru, hari ini Pos Malaysia turut membuka cawangan baharu Pos Shop di Brickfields, Kuala Lumpur – dan menariknya kali ini Pos Malaysia turut memperkenalkan Pos Kafe.

Categories
Teknologi

Proton Dan Perodua Dijangka Hadir Dengan Kereta EV Menjelang 2025

Timbalan Menteri MITI kini melalui jawapan di Parlimen berkongsi, menyatakan kerajaan telah berbincang dengan dua pengeluar kenderaan nasional untuk mengeluarkan kereta elektrik masing-masing menjelang 2025. Dengan langkah ini, ia dijangka akan dapat hadir dengan kenderaan elektrik pada harga lebih kompetitif berbanding pada hari ini.

Categories
Teknologi

Microsoft Menjenamakan Semula Bing Chat Kepada Copilot

Microsoft sedia memfokuskan penjenamaan Copilot bersama Windows 11 untuk penawaran integrasi bot berasaskan kecerdasan buatan. Hari ini, pihak Microsoft mengorak langkah setapak kehadapan dan mengurangkan kekeliruan dikalangan pengguna – sekaligus mengumumkan penjenamaan semula Bing Chat kepada Copilot.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

DIRI Diperkenalkan – Platform Pembelajaran Seumpama MasterClass Bersama Pelbagai Bakat Tempatan

DIRI menawarkan platform perkongsian ilmu, pengalaman, dan pendapat dalam bentuk video – lebih kurang sama seperti MasterClass. DIRI dilihat menghimpunkan kandungan melibatkan sejumlah tokoh-tokoh dan bakat tempatan, termasuk seperti Abdul Wahid Omar, Nazir Razak, dan juga Nicole David.

Categories
Sains

Spaceborn United Memulakan Kajian Membolehkan Manusia Melahirkan Bayi Di Angkasa Lepas

Firma Spaceborn United dari Belanda kini ingin melakukan pelbagai ujian saintifik untuk melihat sama ada manusia boleh membiak di angkasa lepas. Ini adalah soalan yang perlu dijawab bagi membolehkan kelangsungan spesis manusia jika Bumi tidak lagi sesuai untuk menjadi tempat tinggal.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

KTM Komuter Kini Menyokong Pembayaran Menggunakan Kad Debit

KTM Komuter kini mula menyokong pembayaran menggunakan kad debit di ACG (Automatic Control Gate) – sekaligus memberikan lebih kemudahan dan alternatif kepada pengguna dalam melakukan pembayaran ketika menggunakan KTM Komuter. KTM menekankan nilai pegangan sementara sebanyak RM30 akan dilaksanakan, dan baki dipulangkan dalam tempoh masa sehari ke tiga hari.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sandaran WhatsApp Akan Diambil-Kira Pada Kuota Storan Google Drive Bermula 2024

Google kini mengumumkan bermula awal 2024, sandaran mesej WhatsApp akan dikira dalam kuota data Google Drive. Setiap pemilik akaun Google menerima kuota 15GB storan Google Drive secara percuma. Selepas kuota digunakan, mereka perlu membayar kuota tambahan secara bayaran bulanan. Sebelum ini, sandaran WhatsApp tidak dikira dalam kuota berkenaan.

Categories
Teknologi

Rangkaian Internet Terpantas Dunia 1.2 Tbps Kini Beroperasi Di China

Rangkaian internet terpantas dunia kini beroperasi di China dengan ia menyambungkan Beijing, Wuhan dan Guangzhou. Sistem sepanjang 3000 kilometer ini mampu menghantar data pada kelajuan maksimum 1.2 Tbps (1200 Gbps) yang adalah lebih pantas berbanding rekod terdahulu 400 Gbps yang dipegang oleh Amerika Syarikat.