Categories
Uncategorized

China Ingin Mencari Bumi 2.0

China kini berkongsi berkenaan projek eksplorasi angkasa terbaru mereka yang ingin mencari planet-planet lain yang mempunyai ciri-ciri seperti Bumi, yang mengelilingi bintang. China menyasarkan untuk melancarkan projek ini seawal 2026 melalui satelit yang menyertakan tujuh teleskop untuk tujuan mencari eksoplanet ini.

Categories
Uncategorized

Ke Arah Metamesta! – Kanta Lekap AR Diuji Buat Pertama Kalinya

Mojo Visionn kini telah pun memperlihatkan prototaip kanta lekap pintar mereka yang turut boleh memaparkan kandungan realiti-terimbuh, AR. Ia boleh dipakai terus pada mata, dan akan memaparkan kandungan mengikut pergerakkan mata pengguna. Prototaip ini kini sedang menantikan pengesahan pihak berkuasa.

Categories
Uncategorized

Mat Kilau Menjadi Filem Dengan Kutipan Tertinggi Untuk Seminggu Pertama – RM23.3 Juta

Filem Mat Kilau menjadi filem yang paling pantas untuk mencapai kutipan sebanyak RM23.3 juta dalam hanya tujuh hari, sekaligus memecahkan rekod sebelum-sebelum ini. Buat masa ini, filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia dipegang oleh Munafik 2 dengan kutipan RM48 juta.

Categories
Uncategorized

Sabah Mengkaji Untuk Pindahkan Lapangan Terbang KKIA Ke Kimanis

Sabah kini memeterai perjanjian antara Qhazanah Sabah dan juga Berjaya Land dalam mengkaji pemindahan Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dari Tanjung Aru, ke Kimanis. Lokasi sedia ada KKIA dikatakan sukar untuk diperluaskan kerana persekitaran, membawa kepada kajian di Kimanis ini.

Categories
Uncategorized

Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya Ingin Pasang Kabel Gentian Fiber Optik Sepanjang Lebuh Raya

Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya kini diumumkan, dimana ia akan membangunkan infrastruktur telekomunikasi dengan memasang kabel gentian fiber optik sepanjang lebuh raya. Fasa pertama untuknya akan menghubungkan lebuh raya utara selatan.

Categories
Uncategorized

MR DIY Akan Cuba Pastikan Harga Produk Rendah, Tetapi Potensi Harga Naik Kekal Ada

MR DIY, salah satu penyedia kedai jualan barangan yang agak popular di Malaysia, kini menyatakan mereka akan cuba pastikan harga produk kekal rendah. Namun, terdapat potensi harga naik disebabkan oleh situasi inflasi akhir-akhir ini.

Categories
Uncategorized

6 Syarikat Telekomunikasi Bersetuju Dengan Pegangan Pada DNB

Kerajaan sedia tawarkan pegangan sebanyak 70% pada Digital Nasional Berhad dalam mempercepatkan penawaran 5G di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini Menteri mengumumkan 6 syarikat telah bersetuju dengan pegangan pada DNB.

Categories
Uncategorized

Pulau Pinang, Selangor, Terengganu Merupakan Antara Negeri Papar Prestasi Ekonomi Cemerlang

Jabatan Perangkaan Malaysia kini mengatakan beberapa negeri memaparkan prestasi ekonomi cemerlang pada KDNK, iaitu Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Perak dan juga Kedah. Ini dikukuhkan oleh sektor pembuatan, perkhidmatan dan juga perlombongan.

Categories
Uncategorized

OpenSea – Laman Jual Beli NFT Popular, Mengalami Pencerobohan Data Emel

OpenSea, salah satu perkhidmatan popular pada peringkat global memfokuskan jual-beli NFT, menyatakan data emel pelanggan mereka telah diceroboh disebabkan oleh pekerja platform pengurusan emel yang tidak beretika dan mencerobohnya. Pengguna OpenSea diminta berjaga-jaga dengan emel berbentuk phishing.

Categories
Uncategorized

Samsung Ingin Lebih Ramai Guna Telefon Boleh-Lipat

Samsung kini sedang membangunkan telefon dengan skrin boleh-lipat pada harga dibawah RM3.5k, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakannya, dan mengukuhkan lagi kedudukan Samsung dalam arena tersebut. Samsung menyasarkan 2024 untuk memperkenalkan telefon boleh-lipat pada harga mampu-milik.