Categories
Sains

China Berjaya Mencambah Benih Padi Di Stesen Angkasa

Angkasawan China di spesen angkasa Tiangong kini berjaya dengan sebuah eksperimen baharu, iaitu mencambah benih padi di stesen angkasa. Melalui misi ini, saintis ingin menghasilkan keseluruhan jangka hayat tumbuhan di angkasa – bermula pencambahan sehinga kepada penghasilan biji benih baharu yang melalui mutasi disebabkan mikrograviti.

Categories
Teknologi

Asus Akan Mula Jual Laptop Hibrid Dengan Skrin Boleh-Lipat Di Malaysia Pada Harga RM14,999

Asus kini mengumumkan Zenbook 17 Fold OLED akan ke pasaran Malaysia pada suku ke-4 tahun ini, pada harga RM14,999. Ia hadir dengan skrin 17.3-inci yang boleh dilipat separuh menjadi dua paparan bersaiz 12.5-inci, dan sesuai digunakan dalam mod tablet atau komputer riba.

Categories
Teknologi

DNB : Hanya 4 Syarikat Telekomunikasi Berminat Mendapatkan Pegangan

DNB hari ini mengatakan hanya 4 syarikat telekomunikasi yang kekal berminat mendapatkan pegangan ekuiti berbanding dengan 6 syarikat yang menyatakan minat sebelum ini. Walaupun tidak menyatakan nama syarikat, mengikut laporan awal, ia dikatakan Maxis dan U Mobile tidak menyertai dalam mendapatkan pegangan pada DNB.

Categories
Gaming

Animasi Mechamato Akan Ditayangkan Melalui Netflix Dan YouTube Bermula Oktober 2022

Mechamato merupakan salah satu siri animasi yang dibangunkan oleh Monsta – studio sama disebalik Boboiboy, mengisahkan berkenaan ayah BoBoiBoy dinamakan Amato. Terbaru, Monsta turut berkongsi mengatakan siri animasi Mechamato ini akan disiarkan melalui stesen televisyen TV9, TV3 selain platform Netflix dan juga YouTube bermula Oktober 2022 ini.

Categories
Kewangan

Hampir 200,000 Siswazah Malaysia Menganggur

Mengikut perkongsian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia kini memperincikan seramai 3.71 juta siswazah adalah pekerja tahap mahir, 1.77 juta siswazah pula di tahap separuh mahir dan seramai 128,979 siswazah pula pekerja di tahap kemahiran rendah. Akan tetapi terdapat 197,400 siswazah pula masih lagi ditakrifkan menganggur.

Categories
Teknologi

Aplikasi Facebook Gaming Akan Ditamatkan Pada Oktober Ini

Facebook kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi Facebook Gaming pada 28 Oktober 2022 kelak. Aplikasi ini telah dilancarkan sekitar dua tahun lepas, memudahkan pengguna mengikuti penstriman langsung permainan video oleh pengguna, disamping mengakses kepada sejumlah permainan ringkas terus pada aplikasi tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Hong Kong Menguji Sistem Lampu Melintas Jalan Untuk Pengguna Peranti Yang Lalai

Di Hong Kong, sistem lampu baharu di kawasan melintas jalan telah diperkenalkan bagi mengelakkan pengguna lalai melintas jalan. Apabila ia menyala, keseluruhan kawasan sebelum melintas akan disinari cahaya merah dan begitu juga semua individu di bawahnya.

Categories
Gaya Hidup

Samsung Hadir Dengan Avatar Maya Untuk Menarik Perhatian Pengguna Muda, G-NUSMAS

Samsung hari ini memperkenalkan avatar maya mereka tersendiri, dinamakan S-NUSMAS – iaitu ejaan Samsung secara terbalik. Ia merupakan avatar mengambil sebuah makhluk asing, selari dengan produk-produk Galaxy keluaran Samsung. Samsung mengatakan G-NUSMAS dicipta dalam usaha menarik perhatian para pengguna generasi muda, terutamanya generasi milenial dan GenZ.

Categories
Semasa

1.28 Juta Penjawat Awam Terima Kenaikan Gaji Tahunan Khas RM100

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri kini mengumumkan pemberian khas insentif berjumlah RM700 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah. Ini termasuk pemberian bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56, dan Tambahan kadar cuti rehat khas dinaikkan kepada 15 hari kepada Guru.

Categories
Kewangan

BNM Menambah OctaFX Dibawah Senarai Amaran Pengguna Kewangan

Bank Negara Malaysia kini mengemaskini senarai amaran pengguna kewangan, dalam memastikan orang ramai tidak melabur diperkhidmatan kewangan dan pelaburan yang tidak dibenarkan dibawah undang-undang. Syarikat baharu yang ditambah oleh BNM adalah OctaFX, yang sering dipromosikan di media sosial dan selebriti tempatan.