Categories
Uncategorized

Pengendali Bengkel Kini Perlu Papar Senarai Mekanik, Bersama Kelayakan

Bermula 1 Julai lalu, semua pengusaha bengkel di pasaran negara dikehendaki memaparkan senarai nama mekanik bersama kelayakan sijil kemahiran mereka buat tatapan pengguna. Pelaksanaan ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah selari dengan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa di seluruh negara.

Categories
Uncategorized

Mumia Tertua Dari Mesir Ditemukan Berhampiran Piramid Saqqara

Ahli kaji sejarah Mesir hujung minggu lalu mengumumkan penemuan mumia berusia 4300 tahun yang merupakan yang tertua pernah ditemukan di negara tersebut. Mumia individu bernama Hekashepes ini digali keluar dari sebuah terowong sedalam 15 meter berhampiran Piramid Saqqara. Ia terpelihara lebih 4000 tahun kerana keranda batu kapur di mana ia disimpan tidak pernah dibuka sejak pengebumian. Permukaan mumia juga dilitupi dengan daun emas.

Categories
Kewangan Uncategorized

Cukai Jualan Barangan Import Bernilai Rendah Atas-Talian Akan Diperkenalkan 1 April Ini

Pihak kerajaan sedia mengumumkan bahawa untuk pembelian barangan import secara atas-talian, pembeli akan dikenakan cukai walaupun nilai barangan tersebut adalah dibawah tahap harga RM500. Terkini, kerajaan mengesahkan nilai cukai ditetapkan pada 10% daripada harga jualan barang tersebut sekiranya ia diimport dari luar negara, dan akan diimplementasi bermula 1 April 2023.

Categories
Uncategorized

Tesla Memperlihatkan Prototaip Awal Untuk Robot Berbentuk Manusia

Elon Musk hari ini memperlihatkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia yang sedang dibangunkan oleh Tesla. Robot ini dilihat boleh berjalan dan bergerak. Disamping itu, ia juga ditunjukkan yang mana robot ini boleh melakukan tugasan seperti menyiram pokok, atau bertugas pada bahagian operasi kilang.

Categories
Uncategorized

TNB Akan Bina Menara Ikonik Selari Jambatan Pulau Pinang Untuk Bekalan Elektrik


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina menara sepanjang 8.5km yang dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang untuk tujuan bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang. Menara ini direka berkonsepkan buah pinang, dan dijangka siap pada 2024 kelak.

Categories
Teknologi Uncategorized

BlackBerry Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi Android Pada Ogos 2022

BlackBerry kini menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk aplikasi-aplikasi Android pada 31 Ogos 2022 ini, termasuk aplikasi BlackBerry Launcher, BlackBerry Keyboard, Privacy Shade, Password Keeper, dan juga DTEK. Dengan ini, ia juga memperlihatkan penamatan era BlackBerry.

Categories
Kewangan Teknologi Uncategorized

Maybank2U Kini Membolehkan Anda Menetapkan Had Transaksi FPX Harian

Maybank kini menambah ciri baharu pada perkhidmatan perbankan, membolehkan pengguna menetapkan had transaksi FPX harian, sekaligus lebih mengawal perbelanjaan wang keluar dari akaun merea. Sekiranya tidak ditetapkan sebelum 20 Ogos 2022, Maybank secara automatik akan tetapkan ia maksima kepada RM3000 pada akaun anda.

Categories
Teknologi Uncategorized

Ingin Mencabar TikTok, YouTube Kini Mudahkan Video Ditukar Ke Shorts

YouTube Shorts adalah penawaran seumpama TikTok daripada pihak YouTube. Terbaru, YouTube menambah sokongan khas pada aplikasi Android dan iOS, memudahkan pengguna untuk menerbitkan kandungan Shorts sehingga 60 saat daripada sebarang video yang sedia ada milik mereka.

Categories
Kewangan Teknologi Uncategorized

Polis : Berhati-Hati Dengan SMS Palsu Maklumkan Wang Dikredit Ke Akaun TNG eWallet

Pihak Polis kini memberikan peringatan kepada orang ramai, supaya berhati-hati dengan SMS palsu yang memaklumkan para pengguna, mengatakan wang telah dikreditkan ke akaun Touch n Go eWallet. SMS ini berbentuk phishing, dan mencuri beberapa maklumat daripada pengguna, melibatkan TNG eWallet.

Categories
Sains Uncategorized

Serpihan Roket Milik China Yang Masuk Semula Ke Ruang Udara Bumi Dilihat Lintas Udara Malaysia

China sebelum ini telah lancar roket Long March 5B, dalam usaha menghantar modul Wnetian ke Stesen Angkasa Tiangong. Peringkat teras roket Long March 5B telah memasuki orbit rendah Bumi dalam melepaskan modul. Dan disebabkan oleh seretan atmosfera yang kuat, serpihan roket ini memasuki atmosfera Bumi semula, dan kini direkodkan melintasi ruang udara Malaysia.