Categories
Sukan

Ini Adalah Rekaan Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Pada Pembukaan Sukan Olimpik

Rekaan pakaian rasmi kontinjen negara pada acara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 oleh duo pereka tempatan iaitu Rizman Ruzaini menemui titik noktah apabila ianya didedahkan kepada umum – memaparkan rekaan baju kurung dengan kelubung untuk atlet wanita serta baju melayu teluk belanga bagi atlet lelaki yang diberikan nama “The Malaya”.

Categories
Sukan

JDT Ceburi Arena Perlumbaan Motosikal Mulai 2024 – Berhasrat Sertai WorldSBK

Selepas cemerlang mendominasi saingan Liga Super Malaysia selama 10 musim berturut-turut, kini Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil mengumumkan melebarkan sayapnya dalam bidang sukan lain iaitu menceburi arena perlumbaan motosikal.

Categories
Sukan

Cristiano Ronaldo Tampil 200 Kali Bersama Pasukan Kebangsaan Portugal – Terima Pengiktirafan Rekod Dunia

Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama membuat 200 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan. Pemain berusia 38 tahun ini menempa rekod tersebut ketika mewakili Portugal menentang Iceland dalam saingan kelayakan EURO 2024. Rekod ini dicapai oleh Cristiano Ronaldo (Portugal) melalui penampilan antara 20 Ogos 2003 dan 20 Jun 2023.

Categories
Semasa Sukan

Bulan Bintang Catat Rekod Dunia Guiness Untuk Pelari Maraton Terpantas Berpakaian Tradisional Melayu

Bulan Bintang, salah satu jenama pakaian tempatan kini berjaya mencatatkan rekod dunia Guiness untuk kategori pelari maraton terpantas yang berpakaian tradisional melayu – iaitu baju melayu lengkap bersamping. Rekod ini dicatatkan pada TCS London Marathon 2023 oleh Mohd Syahidan Bin Alias, mengambil masa 2 jam 49 minit 22 saat untuk rekod larian maraton penuh sepanjang 42.2 kilometer.

Categories
Sukan

Salah Cipta Rekod Sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak EPL

Dua jaringan Mohamed Salah ketika turun menentang Leeds United pada awal pagi tadi telah meletakkannya sebagai Penjaring Kaki Kiri Terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL). Penyerang kelahiran Mesir berusia 30 tahun itu mencipta dua jaringan menerusi kaki kirinya yang membantu Liverpool merakamkan kemenangan besar 6-1 Leeds United. Dua jaringan itu membolehkan Salah melepasi rekod 105 gol melalui kaki kiri yang dipegang oleh bekas pemain England, Robbie Fowler.

Categories
Sukan

Son Tempa Sejarah Pemain Asia Pertama Cetak 100 Gol Di EPL

Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion pada aksi ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan satu sejarah dan rekod baharu ditempa oleh pemain asia. Jaringan oleh penyerang sayap Spurs serta skuad kebangsaan Korea, Son Heung-min pada minit ke-10 telah mengangkatnya menjadi pemain asia pertama mencetak 100 gol dalam kancah bola sepak tertinggi di England.

Categories
Sukan

Farid Kamil Akan Berlakon Sebagai Rashid Sidek Dalam Filem “GOLD”

Kejayaan perseorangan lelaki badminton para negara, Cheah Liek Hou merangkul pingat emas di Paralimpik Tokyo 2020 akan difilemkan. Filem bergenre drama sukan yang berdasarkan kisah benar ini diberikan judul GOLD. Dua watak utamanya, Cheah Liek Hou dan Rashid Sidek akan dilakonkan oleh Jack Tan dan Farid Kamil masing-masing.

Categories
Sukan

Messi Muncul Pemain Pertama Cetak 100 Gol Untuk Argentina

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel Messi menempa satu lagi rekod dalam kariernya dengan muncul sebagai pemain pertama yang menjaringkan 100 gol buat skuad kebangsaan Argentina. Pemain berusia 35 tahun ini melakar rekod tersebut ketika perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Curacao bertempat di Estadio Unico Madre de Ciudades, pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Categories
Sains Sukan

Wilson Hadir Dengan Bola Keranjang Nirudara Yang Tidak Akan Kempis

Wilson Sporting Goods adalah pengeluar bola rasmi untuk NBA. Terkini, mereka telah hadir dengan prototaip bola keranjang yang tidak akan kempis. Bola ini adalah 3D Airless Prototype Basketball. Bola ini seperti namanya tidak memerlukan sebarang udara dan direka untuk tidak akan kempis selama-lamanya. Bola ini juga dikatakan mempunyai spesifikasi yang melepasi piawaian bola keranjang dari segi berat, saiz dan tahap lantunan.

Categories
Sukan

Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Selepas menjaringkan lebih 183 gol untuk kelab dan negara sepanjang karier bola sepak, penyerang prolifik tanah air, Safee Sali mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun. Secara langsungnya, perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi penampilan profesional yang kompetitif terakhir buat kariernya.