Categories
Gaya Hidup Semasa

Hot Wheels Proton Saga Akan Dikeluarkan Pada Akhir Tahun Ini

Mattel dan Proton telah mengumumkan yang Hot Wheels Proton Saga akan dikeluarkan pada Disember 2023. Kerjasama ini adalah bersempena dengan Mattel menyambut ulang tahun ke-40 mereka pada 2022, dan Proton juga telah menyambut ulang tahun ke-40 pada bulan Mei 2023.

Categories
Teknologi

Lebih 50% Satelit Aktif Di Angkasa Sekarang Dikendalikan Oleh SpaceX

Starlink memulakan operasi mereka di Malaysia minggu lalu dengan 10 unit pertama penerima internet satelit ini diberikan kepada UiTM. Hari ini hadir laporan The New York Times yang mengatakan lebih 50% satelit aktif di angkasa lepas kini dikendalikan oleh SpaceX yang merupakan syarikat induk Starlink. Setakat ini lebih 4500 satelit Starlink sudahpun dilancarkan oleh SpaceX.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Menteri Sekali Lagi Menekankan Harga Internet Dijangka Lebih Murah Menjelang September

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini sekali lagi menekankan yang mana harga internet dijangka akan lebih murah menjelang bulan September 2023 ini. Hal ini adalah disebabkan oleh kemaskini harga jualan pukal pada bulan Mac 2023 lepas, dan kini dalam proses memeterai perjanjian akses bersama pelbagai syarikat dan penyedia telekomunikasi tempatan.

Categories
Semasa

Populasi Malaysia Kini Dianggarkan Mencapai 33.4 Juta Orang

Berlandaskan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), populasi Malaysia kini dianggarkan mencapai seramai 33.4 juta orang. Pertambahan jumlah bilangan penduduk semasa ini didorong peningkatan penduduk Bukan Warganegara yang meningkat daripada 2.5 juta (2022) kepada 3.0 juta penduduk (2023), sementara penduduk Warganegara pula telah naik daripada 30.2 juta (2022) kepada 30.4 juta (2023) dengan pertumbuhan 0.7% penduduk.

Categories
Sains

Jepun Ingin Cuba Pancar Tenaga Solar Dari Angkasa Ke Bumi Menjelang 2025

Jepun kini menyasarkan untuk memancarkan tenaga solar dari angkasa ke Bumi seawal 2025, sebagai sebuah usaha perluaskan penggunaan tenaga lestari. Untuk menjayakan perkara ini, beberapa satelit kecil akan dilancarkan ke orbit, dimana ia seterusnya akan mengumpulkan tenaga solar, dan seterusnya memancarkan tenaga berkenaan ke stesen yang terletak di Bumi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Transsion Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-5 Terbesar Dunia

Canalys kini mengeluarkan data industri telefon pintar bagi suku kedua 2023, sekaligus memperlihatkan pasaran telefon pintar global menguncup 10% berbanding sebelum ini. Walaupun begitu, menariknya melalui data terbaru ini, ia dilihat Transsion kini menjadi pengeluar ke-5 terbesar dunia. Transsion mempunyai jenama Infinix, Tecno dan iTel dibawah mereka.

Categories
Sains

Kongres Diberitahu Amerika Syarikat Menyimpan UFO Dan Mayat Makhluk Asing

Kongres Amerika Syarikat kini diberitahu bahawa kewujudan Fenomena Udara Tidak Diketahui (UAP) sudah dirahsiakan oleh kerajaan menerusi beberapa agensi sejak 1930an lagi. Mej (B) David Grusch yang dahulunya bertugas untuk Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) memberikan kenyataan bersumpah kepada jawatankuasa kecil kongres, mendakwa bahawa A.S turut menyimpan bangkai UAP yang terhempas bersama dengan mayat makhluk asing di dalamnya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

UiTM Kuala Pilah Menjadi Lokasi Pertama Dipasang Dengan Starlink Di Malaysia

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan akan memasang Starlink di 10 kampus UiTM seluruh negara. Lanjutan daripadanya, kini unit pertama Starlink di Malaysia telah pun dipasang di UiTM Kuala Pilah. Dengan pemasangan ini, kerajaan menyasarkan liputan rangkaian internet di kampus berkenaan akan ditambah-baik lagi berbanding sebelum ini.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Microsoft Hadir Dengan Alat Kawalan Xbox Dengan Bau Pizza

Microsoft kini hadir dengan sebuah alat kawalan Xbox yang dihasilkan bersempena dengan tayangan untuk filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem. Alat kawalan yang mempunyai rekaan khas berdasarkan watak-watak Ninja Turtle mempunyai satu lagi perkara yang unik iaitu ia mempunyai penyembur bau yang akan membuatkan alat kawalan ini berbau pizza iaitu makanan kegemaran untuk Ninja Turtle.

Categories
Teknologi

Starlink Kini Boleh Dilanggan Di Malaysia – Harga Bermula RM220 Sebulan

Starlink iaitu syarikat pembekal sambungan internet satelit di bawah SpaceX, kini tersedia di Malaysia. Melalui laman web Starlink, terdapat dua penghala berbeza ditawarkan iaitu Standard pada harga RM2300 atau High Perf. (prestasi tinggi) pada harga RM11,613. Langganan bulanan pula adalah RM220 sebulan untuk kelajuan mencapai 100Mbps.