Categories
Teknologi

NVIDIA Sedang Bangunkan Cip Pemprosesan Untuk Komputer Windows

NVIDIA sedia dikenali dengan penawaran kad grafik, serta penyelesaian untuk pusat data – terutamanya untuk penggunaan AI. Disamping itu, kini ia dilaporkan NVIDIA bakal hadir dengan cip pemprosesan untuk komputer – sekaligus bersaing di arena yang didominasi oleh Intel pada hari ini. NVIDIA dijangka perkenalkan cip berasaskan ARM ini seawal 2025.

Categories
Sains

Pepper X Kini Memegang Rekod Sebagai Cili Paling Pedas Di Dunia

Baru-baru ini, satu lagi jenis cili baharu telah diiktiraf sebagai cili paling pedas di dunia – iaitu Pepper X dengan skor Scoville mencecah 2.69 juta SHU atau dikenali sebagai scoville heat unit. Pepper X memperlihatkan saiz cili yang kecil dengan keadaan kulit yang berkedut.

Categories
Teknologi

CelcomDigi Memperkenalkan Logo Baharu Sebagai Syarikat Telekomunikasi Gergasi Malaysia

Syarikat telekomunikasi CelcomDigi Berhad kini telah memperlihatkan penjenamaan baru yang terdiri daripada logo gabungan kedua-dua syarikat ini. Celcom dan Digi sebelum ini merupakan dua daripada syarikat telekomunikasi yang terbesar di negara ini yang telah bergabung 323 hari yang lalu untuk menjadi konglomerat dengan perkhidmatan telekomunikasi dengan liputan dan kualiti talian yang terbaik.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

PAS Menjadi Parti Politik Pertama Perkenal “Super-App”

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kini menjadi parti politik pertama di Malaysia yang mempunyai aplikasi semua-dalam-satu tersendiri, atau turut dikenali ramai sebagai “super apps”. Dinamakan sebagai MyOnePAS, ia diperkenalkan dengan mengintegrasikan sejumlah ciri menarik melaluinya, termasuk sokongan dompet digital dan kebolehan mendapatkan kad prabayar Mastercard.

Categories
Gaya Hidup

UNIQLO Coffee Bakal Dibuka Di UNIQLO Fahrenheit88 – Pada 9 November 2023

Selepas penutupan menyeluruh selama lima bulan untuk pengubahsuaian, kedai UNIQLO Fahrenheit88 bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelanggan mereka semula mulai Khamis, 9 November 2023. Pertama kali di Malaysia, UNIQLO menampilkan kedai kopi, UNIQLO Coffee, yang terletak di tingkat bawah UNIQLO Fahrenheit88 yang telah diubahsuai.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Suzuki Perlihatkan Skuter Elektrik Yang Boleh Menaiki Tangga

Bagi membolehkan golongan warga emas Jepun boleh berdikari, Suzuki menghasilkan skuter elektrik MOQBA yang bukan sahaja boleh digunakan dalam mod beroda tetapi juga berkemampuan menaiki tangga. Suzuki Modular Quad Based Architecture (MOQBA) direka khusus sebagai kenderaan mobiliti warga tua di Jepun.

Categories
Teknologi

X Bereksperimen Dengan Caj $1 Tahunan Untuk Guna Ciri-Ciri Asas

X kini menguji program dinamakan “Not-A-Bot” di dua buah negara, dimana pengguna baharu platform berkenaan di New Zealand dan Filipina akan dikenakan caj sebanyak $1 setahun untuk membolehkan mereka melakukan sebarang perkongsian. Sekiranya tidak membayar, pengguna hanya boleh sekadar membaca perkongsian di platform tersebut sahaja, dan tidak boleh melakukan perkongsian mereka sendiri.

Categories
Teknologi

Xiaomi Mengumumkan Nama Sistem Operasi Baharu – Xiaomi HyperOS

CEO Xiaomi hari ini secara rasminya mengumumkan sebuah sistem operasi baharu yang akan hadir bersama telefon pintar siri Xiaomi 14 mereka. Sistem operasi ini, dinamakan sebagai Xiaomi HyperOS. Sistem operasi ini akan berasaskan kepada Android, dan hadir dengan sejumlah pengoptimasian dan penambahan oleh Xiaomi.

Categories
Sukan

JDT Ceburi Arena Perlumbaan Motosikal Mulai 2024 – Berhasrat Sertai WorldSBK

Selepas cemerlang mendominasi saingan Liga Super Malaysia selama 10 musim berturut-turut, kini Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil mengumumkan melebarkan sayapnya dalam bidang sukan lain iaitu menceburi arena perlumbaan motosikal.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Astro Menamatkan Operasi Go Shop Berkuat-kuasa 11 Oktober

Astro kini mengumumkan mereka akan menghentikan sepenuhnya operasi Go Shop berkuat-kuasa 11 Oktober 2023 ini. Astro menyatakan langkah menghentikan operasi Go Shop diambil disebabkan oleh landskap ekonomi yang mencabar, selain perubahan gaya pembeli oleh para pengguna. Penurunan pembelian dan perubahan permintaan dapat dilihat sejak pandemik.