Categories
Gaming Gaya Hidup

Mechamato Berjaya Pecah Rekod Animasi Malaysia – Kutip RM30 Juta Dalam 22 Hari

CEO Monsta, Nizam Razak baru-baru ini kongsi jumlah kutipan terkini filem ini. Selepas 22 hari Mechamato Movie ditayangkan, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak RM30,750,000. Ini adalah satu kutipan yang membanggakan, kerana filem ini hanya ditayangkan di Malaysia dan belum menembusi pasaran luar lagi.

Categories
Gaya Hidup

Kerajaan Siasat Dakwaan Kebocoran Data – Siasatan Awal Dapati Maklumat Akaun Maybank Adalah Tidak Sah, Astro Mungkin Dari Insiden 2018

Kementerian Komunikasi dan Digital kini mengatakan kerajaan memandang serius dakwaan kebocoran jutaan data ke web. Siasatan awal pihak kerajaan mendapati nombor akaun Maybank yang dipaparkan dalam lawan sesawang berkenaan adalah tidak sah dan tidak wujud – kerana transaksi tidak boleh dilakukan. Untuk data yang dikaitkan daripada Astro pula, ia dikatakan mungkin hadir daripada insiden pada tahun 2018 yang lepas.

Categories
Gaya Hidup

TM Mengesahkan Data Lebih 250k Pengguna Unifi Mobile Tertiris Ke Arena Web

Pihak Telekom Malaysia kini mengesahkan, data melibatkan 250,248 orang pelanggan Unifi Mobile tertiris, dan ditawarkan dalam pangkalan data yang dijual di sebuah laman forum. Data yang tertiris adalah dalam bentuk nama, nombor telefon dan emel sahaja pada waktu ini. Tiada maklumat lain didapati tertiris oleh pihak Unifi.

Categories
Sains

Penyelidik Menemui 2 Mineral Baharu Dalam Meteorit Besar Yang Dijumpai Di Somalia

Satu pasukan penyelidik telah menemui dua mineral baharu yang belum pernah dilihat di Bumi dalam meteorit seberat 15 tan yang ditemui di Somalia. Bagi yang tidak mengetahui, meteorit tersebut merupakan meteorit kesembilan terbesar yang pernah ditemui. Di dalam laporan meteorit yang diterbitkan, dua mineral tersebut dikenali sebagai elalit (elaliite) dan elkinstantonit (elkinstantonite).

Categories
Kewangan

Belanjawan 2023 Akan Dibentangkan Pada 24 Februari

Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini dijangka untuk membentangkan Belanjawan 2023 pada persidangan di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023 kelak. Selepas tarikh tersebut, ia akan diperdebatkan selama 21 hari, sebelum melalui kelulusan. Sebelum ini, Belanjawan 2023 telah dibetangkan oleh kerajaan terdahulu, tetapi ia kini perlu kembali kerana kerajaan dibubarkan selepas Belanjawan dibentangkan.

Categories
Sains

Sel Sperma Badak Sumbu Putih Dihasilkan Daripada Sel Tunjang Untuk Mengelakkan Kepupusan

Di dunia sekarang hanya tinggal dua badak sumbu putih utara, tetapi malang sekali kedua-duanya adalah betina kerana badak jantan terakhir bernama Sudan meninggal dunia empat tahun lalu. Kini saintis daripada Osaka University menemukan cara untuk meneruskan spesis ini menggunakan sel tunjang – yang mana berjaya digunakan untuk menghasilkan sel pendahulu (precursor cell) sperma dan sel telur.

Categories
Gaya Hidup

Xiaomi Melancarkan Akuarium Pintar Yang Boleh Mencuci Diri Sendiri

Xiaomi kini hadir dengan sebuah akuarium pintar baharu, yang turut boleh membersihkan akuarium tersebut secara automatik. Melaluinya, pengguna tidak perlu menukar airnya kerana boleh melakukan penapisan dan pembersihan secara automatik selama 6 bulan. Pengguna juga boleh mengawal pemberian makanan dan beberapa yang lain melalui aplikasi khususnya.

Categories
Kewangan

CIMBClicks Kini Perlu Lalui Pengesahan Panggilan Suara Untuk Log Masuk Kali Pertama Pada Peranti Baharu

CIMB kini menambah sebuah keperluan baharu dalam terus menambah-baik sekuriti perkhidmatan perbankan mereka, iaitu keperluan melakukan pengesahan panggilan suara apabila log masuk ke aplikasi CIMB Clicks atau CIMB OCTO buat pertama kali pada peranti baharu. Pengesahan panggilan akan dilakukan dalam memastikan log masuk tersebut dilakukan oleh pemilik akaun CIMB tersebut dan bukannya pihak lain.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Taman Slowpoke Akan Dibuka Di Jepun Pada 2023

Di Kagawa, Jepun, Slowpoke Park akan dibuka pada April 2023. Taman mini ini akan dilengkapi pelbagai permainan kanak-kanak bertemakan Pokemon yang terkenal dengan kelembabannya. Kagawa menjadi bandar tidak rasmi untuk Slowpoke kerana makanan udon berasal dari daerah ini. Nama Jepun untuk Slowpoke ialah Yudon yang hampir sama bunyinya dengan udon.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Netflix Akan Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Bermula 2023

Menurut laporan WSJ, Netflix akan mengembangkan program menambah profil ini ke Amerika Syarikat bermula 2023, dan selepas itu mungkin ke pasaran global. Ujian penambahan profil bagi mengelakkan perkongsian kata laluan. Netflix menjejak IP dan lokasi akaun digunakan. Apabila mengesan akaun diakses dari dua lokasi berbeza, pelanggan akan diberikan notifikasi supaya menambah profil dengan bayaran tambahan.