Categories
Teknologi

NVIDIA Menjadi Syarikat Pertama Mencapai Nilai Pasaran $4 Trilion

NVIDIA kini menjadi syarikat pertama di dunia untuk mencapai nilai pasaran $4 trilion, mendahului syarikat lain termasuk Apple. Nilai pasaran ini dicatatkan selari peningkatan harga saham NVIDIA kebelakangan ini disebabkan oleh permintaan tinggi untuk cip yang dikeluarkan NVIDIA yang digunakan untuk pembangunan model kecerdasan buatan.

Categories
Teknologi

Jack Dorsey Sedang Bangunkan Aplikasi Permesejan Menggunakan Bluetooth – Bitchat

Pengasas Twitter, Jack Dorsey kini berkongsi sedang membangunkan sebuah aplikasi permesejan ringkas tersendiri dinamakan Bitchat. Apa yang membezakan aplikasi ini berbanding yang lain adalah ia beroperasi menggunakan rangkaian Bluetooth, sekaligus membolehkan pengguna menghantar dan menerima mesej tanpa sambutan selular atau WiFi.

Categories
Teknologi

Aplikasi MySejahtera Dikemaskini Dengan Rekaan Antaramuka Baharu

MySejahtera kini dikemaskini dengan rekaan antaramuka baharu lebih moden, sekaligus memfokuskan kepada ciri-ciri utama seperti akses kepada rekod kesihatan dan juga kemudahan membuat temujanji melaluinya. Disamping itu, kemaskini ini juga dilihat sebagai langkah menjadikan MySejahtera sebagai penyimpan rekod kesihatan utama orang ramai.

Categories
Teknologi

Kamera Sukan Olimpik Ini Mengambil 40,000 Gambar Sesaat Untuk Acara Balapan

Omega telah menjadi penaja dan penjaga masa rasmi Sukan Olimpik sejak tahun 1932. Setiap empat tahun teknologi baharu diperkenalkan bagi membolehkan catatan masa lebih jitu diambil. Scan ‘O’ Vision Ultimate boleh mengambil 40,000 bingkai gambar sesaat dan adalah peningkatan daripada Scan ‘O’ Vision Myria yang “hanya” mengambil 10,000 bingkai gambar sesaat.

Categories
Teknologi

Nilai Kekayaan Bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer Kini Mengatasi Bill Gates

Nilai kekayaan bekas CEO Microsoft, Steve Ballmer kini dilihat telah pun mengatasi pengasas Microsoft sendiri, Bill Gates. Melalui angka terbaru yang dikemaskini, Steve Ballmer mempunyai nilai kekayaan mencapai $158 bilion, sementara Bill Gates pula sebanyak $157 bilion. Ini juga selari dengan kedudukan Steve Ballmer sebagai pemegang saham individu Microsoft tertinggi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kasut Nike Hyperice Mempunyai Ciri Mengurut, Menyejukkan dan Memanaskan Kaki Atlet

Sukan Olimpik sudah semakin hampir dan pelbagai jenama sukan ternama mula memperlihatkan inovasi terkini yang dipercayai boleh meningkatkan prestasi atlet yang ditaja. Kasut Nike Hyperice Boot telah diperlihatkan minggu ini dengan kemampuan mengurut, memanaskan dan juga menyejukkan kaki atlet yang memakainya. Terdapat butang pada tumit untuk mengaktifkan mod mengurut kaki serta buku lali.

Categories
Teknologi

Google Translate Menambah Sokongan 110 Bahasa Baharu Seperti Iban, Minang dan Jawi

Google Translate menambah sokongan 110 bahasa baharu menerusi bantuan model bahasa raya (LLM) PaLM 2. Ini adalah penambahan bahasa paling banyak sejak Google Translate diperkenalkan pada tahun 2006. Antara bahasa baharu yang disokong ialah Iban, Banjar, Batak, Minang, Kantonis, dan Bahasa Melayu Jawi – yang berjaya ditambah melalui sokongan kecerdasan buatan.

Categories
Sains Teknologi

Institusi Jepun Mencapai Kelajuan Penghantaran Data 402Tb/s Menggunakan Kabel Gentian Optik

Sejumlah institusi di Jepun baru-baru ini telah mencapai kelajuan penghantaran data yang cukup pantas sekali, pada kadar 402Tb/s menggunakan kabel gentian optik biasa sahaja. Data pada kelajuan berjaya dihantar ini pada jarak 50KM melalui penggunaan 1505 saluran gentian optik, enam jenis kelengkapan amplifier, dan penggunaan lebar jalur 3THz untuk mendapatkan kelajuan 402Tb/s tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sony Menawarkan Reon Pocket Di Malaysia – Alat Pendingin Hawa Dalam Baju

Sony kini membawa masuk satu lagi gajet menarik untuk pengguna di Malaysia, iaitu Reon Pocket. Ia merupakan sebuah alat penghawa dingin mudah-alih yang boleh dipakat di leher, sekaligus memberikan keselesaan sepanjang hari untuk pengguna. Sony Reon Pocket 5 ini dijual di Malaysia pada harga RM799.

Categories
Teknologi

Galaxy Unpacked Pada 10 Julai 2024 – Siri Galaxy Z Baharu Bakal Diperkenalkan

Samsung hari ini secara rasminya mengumumkan acara Galaxy Unpacked mereka yang seterusnya bakal diadakan pada 10 Julai 2024. Pada acara berkenaan, Samsung dijangka memperkenalkan beberapa peranti baharu untuk pasaran terutamanya peranti dengan skrin boleh-lipat – Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip, selain turut memfokuskan pada penawaran kecerdasan buatan, Galaxy AI.