Categories
Kewangan

Malaysia Kini Mempunyai 6.5 Juta Akaun Aktif Untuk BNPL

Perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) menunjukkan peningkatan ketara di Malaysia apabila jumlah akaun aktif melonjak kepada 6.5 juta setakat akhir Jun 2025 berbanding 5.1 juta akaun pada akhir tahun 2024. Nilai keseluruhan transaksi turut meningkat sebanyak 31 peratus menjadikan jumlahnya RM9.3 blion berbanding RM7.1 bilion sebelumnya.

Categories
Kewangan

Nilai Pasaran Kriptowang Kini Melangkaui $4 Trilion

Nilai pasaran kriptowang memperlihatkan peningkatan positif sejak kebelakangan ini, sekaligus membawa kepada nilai pasaran keseluruhan kriptowang telah pun melangkaui $4 trilion buat pertama kalinya. Peningkatan nilai ini juga selari dengan perundangan baharu di Amerika Syarikat, yang membuka kepada pelbagai ruangan baharu dalam arena kriptowang.

Categories
Kewangan

CIMB Perkenalkan Pembantu Digital Dinamakan Sebagai “Amira”

CIMB Bank kini memperkenalkan Amira iaitu pembantu digital pertama mereka. Ia dibangunkan sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusan mereka untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui teknologi terkini. Amira akan mula menghubungi pelanggan terpilih melalui panggilan telefon bagi tujuan peringatan pembayaran dan pembaharuan insurans kenderaan.

Categories
Kewangan

CIMB Akan Mula Menamatkan Ciri Pada Aplikasi CIMB Clicks Secara Berperingkat Bermula Ogos 2024

CIMB kini mengeluarkan peringatan, memaklumkan para pengguna yang mana mereka akan mula menamatkan beberapa perkhidmatan pada aplikasi CIMB Clicks secara berperingkat. Sementara aplikasi CIMB Clicks masih boleh digunakan, beberapa ciri-ciri akan dihadkan atau ditamatkan – dan hanya boleh dilakukan melalui aplikasi CIMB OCTO.

Categories
Kewangan

X Dilaporkan Telah Kehilangan Lebih 71% Nilai Berbanding Harga Pembelian Elon Musk

Elon Musk telah membeli Twitter pada tahun lepas pada nilai mencapai $44 bilion. Namun, sejak itu, pelbagai perubahan telah dilakukan pada platform tersebut, membawa kepada penurunan dan kehilangan nilainya. Mengikut perkongsian Fidelity terbaru, mereka menilaikan X hanya sekitar $12 ke $13 bilion sahaja, memperlihatkan kehilangan 71.5% nilai.

Categories
Kewangan

Maybank MAE Akan Tambah Sokongan Multi-Akaun Pada Suku Ke-4 2023

Maybank kini berkongsi mengatakan mereka akan menambah penggunaan dan sokongan untuk lebih daripada satu akaun di aplikasi MAE menjelang suku ke-4 tahun 2023 ini. Dengan langkah ini, ia sekaligus akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh ramai pengguna – dimana tidak boleh menggunakan lebih daripada satu akaun pada satu peranti pada sesuatu masa.

Categories
Kewangan Semasa

7-Eleven Malaysia Jual Caring Pharmacy Kepada BIG Pharmacy

7-Eleven Malaysia kini mengesahkan telah melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy setelah Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd menerima tawaran peralihan kepentingan pada nilai pertimbangan RM637.5 juta. Untuk makluman CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings. Namun pengambil-alihan ini tidak termasuk akan operasi Indonesia.

Categories
Kewangan

BNM Mengekalkan Paras OPR Pada Kadar 3.0%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini dikekalkan pada paras 3.00%. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini OPR telah dikekal pada paras 2.75% sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Namun bagi menyeimbangkan tekanan inflasi semasa – aliran ini mula dinaikkan pada Mei dan kini dikekalkan untuk kesejahteraan semua pengguna.

Categories
Kewangan

KWSP : Hanya 30% Pencarum – Capai Paras Simpanan Asas RM240,000 Pada Usia 55 Tahun

KWSP kini berkongsi, daripada jumlah 8.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya 30% sahaja iaitu 2.61 juta pencarum yang mencapai sasaran simpanan asas sebanyak RM240,000. Sementara berdasarkan jumlah keseluruhan pencarum pula – hanya 18% daripada 15.8 juta ahli memenuhi sasaran simpanan asas tersebut.

Categories
Kewangan

Lebih 31,000 Belia Bawah 35 Tahun Di Malaysia Diisytihar Muflis

Sejak 2014 sehingga Mei 2023, seramai 31,140 belia yang berusia 35 tahun dan ke bawah – dimaklumkan telah didaftarkan berstatus muflis pada rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI). Susulan ini, sidang Dewan Negara perincikan beberapa inisiatif untuk mengawal jumlah tersebut. Antaranya mulai 1 Mac negara telah meminda Akta Insovensi 1967 dengan membuka peluang kedua kepada rakyat negara yang telah diisyttiharkan bankrap.