Categories
Sains

Straw Kertas Baik Untuk Penyu Tetapi Berbahaya Untuk Tubuh Manusia

Straw berasaskan plastik sedia dikatakan tidak begitu mesra alam. Sebagai ganti untuknya, straw diperbuat daripada kertas, tumbuh-tumbuhan dan logam digunakan dengan alasan ia lebih baik untuk alam sekitar. Tetapi penyelidik dari University of Antwerp di Belgium kini mendapati alternatif kepada straw plastik adalah berbahaya pula kepada tubuh manusia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Shell Kini Menawarkan Aplikasi Untuk Isi Minyak Seumpama Setel

Semakin hari semakin banyak aplikasi yang memudahkan urusan seharian dan hari ini Shell secara rasminya telah melancarkan aplikasi mereka iaitu Shell Asia. Aplikasi ini boleh digunakan untuk membayar minyak tanpa perlu berurusan di kaunter, dan turut menyertakan integrasi mata ganjaran Bonuslink. Buat masa ini, ia boleh diguna di 650 stesen minyak Shell di Malaysia.

Categories
Semasa

Farm Fresh Ingin Memperkenalkan Susu Tepung, Memperluaskan Pasaran Ais Krim

Farm Fresh, salah satu syarikat tenusu tempatan kini berkongsi beberapa perancangan dalam terus mengukuhkan kedudukan syarikat mereka di Malaysia. Farm Fresh menyatakan mereka merancang untuk memperkenalkan susu tepung tumbesaran – sekaligus mempelbagaikan lagi portfolio produk dibawah syarikat tersebut. Disamping itu, Farm Fresh ingin membuka satu cawangan baharu Inside Scoop setiap bulan, dan mengukuhkan kedudukan dalam arena industri ais krim.

Categories
Semasa

Lebuhraya LDP Kini Mengaktifkan Ujian Pembayaran Tol Guna Kad Debit / Kredit

Ujian penggunaan pembayaran tol menggunakan kad debit dan kredit sedang diimplementasikan secara berperingkat oleh pelbagai penyedia lebuhraya. Selepas lebuhraya MEX, KESAS dan SPRINT, kini pihak lebuhraya LDP turut telah mengimplementasikan penggunaan kad kredit dan debit untuk pembayaran – sebagai alternatif kepada kad Touch n Go.

Categories
Sains

Ginjal Khinzir Beroperasi Normal Sebulan Selepas Dipindahkan Ke Tubuh Manusia

Pemindahan organ rentas spesis (xenotransplan) ialah antara penyelesaian kepada isu kekurangan organ. Khinzir menjadi haiwan pilihan kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan organ manusia serta boleh diternak pantas sebelum organ “dituai” untuk kegunaan manusia. Terkini penyelidik dari NYU Langone Health mengumumkan kejayaan ginjal khinzir bertahan selama 32 hari selepas dipindahkan ke dalam tubuh manusia.

Categories
Semasa

Sarawak Bakal Berstatus Negeri Tua Menjelang 2028

Beberapa tahun mendatang, Sarawak dijangka bakal mencapai status negeri tua susulan sekitar 16% daripada penduduknya dianggarkan terdiri daripada golongan berusia 60 tahun dan ke atas menjelang 2028. Situasi tersebut dimaklumkan turut disokong kesan kadar kelahiran yang lebih rendah berlaku dibandingkan dengan negeri lain. Untuk tahun 2021 sahaja, kadar kelahiran di Sarawak telah berkurangan 50% – di mana hanya 20,000 bayi sahaja direkodkan pada tahun 2021.

Categories
Sains

Earendel – Bintang Paling Jauh Pernah Dilihat Setakat Ini

Minggu ini James Webb memecahkan sebuah lagi rekod kali ini bintang yang paling jauh pernah dilihat dalam sejarah peradaban manusia. Bintang Earendel terletak sekitar 28 bilion tahun cahaya dari bumi dan dianggarkan telah wujud 1 bilion selepas letupan Bing Bang. Menerusi gambar infra merah yang diambil James Webb, saintis mengatakan Earendel adalah satu juta kali lebih terang serta dua kali lebih panas berbanding matahari.

Categories
Teknologi

Kini, Perlu Bayar Untuk Menggunakan TweetDeck

Kepada pengguna Tweetdeck hari ini ialah hari yang menyedihkan kerana klien popular Twitter ini tidak lagi boleh digunakan secara percuma. Seperti yang telah dijanjikan oleh X bulan lalu, TweetDeck memerlukan langganan X Blue (Twitter Blue) untuk digunakan. Jika TweetDeck diakses oleh pengguna tanpa langganan Blue, akan terpampang imej untuk melanggan terlebih dahulu.

Categories
Semasa

FlySISWA – Kerajaan Beri Subsidi RM300 Untuk Beli Tiket Penerbangan Bagi Pelajar Universiti Awam

Kerajaan kini menawarkan menawarkan subsidi untuk tiket penerbangan bagi para pelajar di universiti awam berjumlah RM300, sekaligus mengurangkan sedikit beban mereka terutamanya untuk pelajar dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung Malaysia, dan juga sebaliknya. Permohonan kini boleh dilakukan pelajar yang berkelayakkan melalui laman Subsidi Udara.

Categories
Gaya Hidup

Sushi Termahal Di Dunia Dijual Pada Harga Mencecah RM11,471 Satu Set

Sushi Kirimon, sebuah restoran di Osaka, Jepun, baru-baru ini telah menambah dan memperkenalkan satu hidangan sushi premium yang dijual pada harga yang tinggi. Berdasarkan perkongsian, set hidangan “Kiwami Omakase” yang terdiri daripada 20 keping sushi ini berharga JP¥350,000 bersamaan dengan harga ringgit Malaysia sekitar RM11,471. Dan ini sekaligus menjadikannya sushi paling mahal di dunia.