Categories
Gaming

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Cadang Pembinaan Stadium Esukan

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini meminta pihak Kementerian Belia dan Sukan untuk berkongsi perkembangan terbaru dalam arena esukan yang kian meningkat popularitinya dari hari ke hari, dan pada masa yang sama menyarankan supaya sebuah stadium khas disediakan untuk acara esukan sebagai tanda sokongan dan galakkan bagi industri tersebut.

Categories
Gaming Gaya Hidup

Microsoft Hadir Dengan Alat Kawalan Xbox Dengan Bau Pizza

Microsoft kini hadir dengan sebuah alat kawalan Xbox yang dihasilkan bersempena dengan tayangan untuk filem animasi Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem. Alat kawalan yang mempunyai rekaan khas berdasarkan watak-watak Ninja Turtle mempunyai satu lagi perkara yang unik iaitu ia mempunyai penyembur bau yang akan membuatkan alat kawalan ini berbau pizza iaitu makanan kegemaran untuk Ninja Turtle.

Categories
Gaming

Telefon Dengan Memori 24GB RAM Bakal Hadir Seawal Julai 2023

Pada peranti Android, penggunaan memori adalah agak tinggi, membuatkan pengeluar sering hadir dengan penawaran memori bersaiz besar. Terbaru, RedMagic dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon dengan 24GB RAM fizikal, dan dijangka menjadi yang terawal di pasaran dengan penawaran sebesar itu.

Categories
Gaming

Sega Dilaporkan Mungkin Ambil-Alih Syarikat Sebalik Angry Birds Pada Nilai Mencapai $1 Bilion

Sega, salah satu pengeluar permainan popular berpusat di Jepun dan terkenal dengan permainan seperti Sonic, kini dilaporkan dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio. Rovio merupakan syarikat permainan yang terkenal dengan siri Angry Birds. Kini, ia dikatakan Sega dalam perbincangan untuk mengambil-alih Rovio pada nilai mencapai $1 bilion.

Categories
Gaming

“Tetris” Kini Boleh Ditonton Di Apple TV+ – Menceritakan Konflik Disebalik Permainan Tetris

Apple TV hari ini telah menerbitkan filem terbaru mereka, iaitu Tetris. Filem ini memfokuskan penceritaan kepada pembangunan Tetris, dan mendapatkan hak permainan tersebut dari pembangun di Rusia. Seperti ramai sedia maklum, Tetris sedia menjadi sebuah permainan yang popular, dimainkan pada pelbagai platform dan konsol. Malah, turut terdepat kejohanan dunia Tetris.

Categories
Gaming Teknologi

Lenovo Menamatkan Perniagaan Telefon Gaming Legion

Lenovo kini mengesahkan yang akan menamatkan perniagaan telefon gaming Android, dinamakan Legion. Buat masa ini masih tidak pasti apakah nasib peranti seperti Legion Phone Duel 2 yang dijual di Malaysia seperti kemaskini perisian dan khidmat bantuan pelanggan. Lenovo mengatakan akan terus fokus kepada produk gaming lain dan ingin memberi nilai terbaik kepada komuniti gaming global.

Categories
Gaming

Siri Anime Slam Dunk Dan One Piece Akan Tiba Di Netflix Malaysia

Netflix Malaysia telah menyenaraikan filem dan juga siri TV yang akan tiba sepanjang bulan ini dan juga bulan depan, antara kandungan yang diperlihatkan adalah Slam Dunk dan juga One Piece. Siri anime Slam Dunk yang buat pertama kali dikeluarkan pada 1990 akhirnya boleh ditonton oleh pelanggan Netflix pada 31 Mac 2023 iaitu Jumaat ini, sementara OnePiece pula boleh ditonton bermula pertengahan April.

Categories
Gaming

Netflix Merancang Untuk Keluarkan Lebih 40 Permainan Video Pada Tahun 2023 Ini

Netflix sedia menawarkan beberapa permainan video dibawah Netflix Games, dimana mereka menggunakan kisah penceritaan dan juga tajuk-tajuk siri serta filem popular dalam menghasilkan permainan video. Untuk tahun ini, penyedia perkhidmatan penstriman berkenaan dilihat ingin terus melabur dalam arena tersebut, dan akan mengeluarkan sekitar 40 permainan video pada tahun 2023 ini.

Categories
Gaming

Microsoft Ingin Lancar Kedai Aplikasi Khusus Permainan Video Untuk iPhone Dan Android

Microsoft kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah kedai aplikasi khusus memfokuskan permua (permainan video mudah-alih) pada Android dan juga iPhone. Microsoft dijangka memperkenalkan penawaran mereka sendiri ini menjelang 2024 kelak, selari dengan pengenalan perundangan baharu di Eropah yang meminta Google dan Apple untuk membuka penawaran kedai aplikasi pihak ketiga.

Categories
Gaming

Rovio Akan Buang Permainan Asal Angry Birds Dari Play Store

Angry Birds merupakan salah satu permainan popular ketika permulaan era telefon pintar. Selepas beberapa tahun, kini nampaknya telah tiba penamat era permainan berkenaan. Rovio kini menyatakan mereka akan nyah-senarai permainan asal Angry Birds yang dilancarkan pada 2009, dimana kini disenaraikan dibawah nama Rovio Classics : Angry Birds. Disamping itu, pada platform iOS pula, permainan berkenaan akan dijenamakan semula sebagai “Red’s First Flight”.