Categories
Gaya Hidup

Keju Cabrales Catat Rekod Dunia Sebagai Keju Paling Mahal Pernah Dilelong – Mencecah Harga RM181,000

Pada 25 Ogos 2024, satu ketul keju biru dari Sepanyol telah diiktiraf sebagai keju paling mahal yang dilelong dalam sejarah. Berdasarkan perkongsian Guinness World Records, keju Cabrales ini berjaya dijual pada harga €36,000 (sekitar RM181,000). Untuk pengetahuan anda, keju Cabrales ini diperbuat daripada susu lembu dan telah diperam selama 10 bulan di dalam gua semula jadi Los Mazos yang terletak pada altitud hampir 1,500 meter dari paras laut.

Categories
Gaya Hidup

Burger King Malaysia Menawarkan Koleksi Patung Naruto Melalui King Jr. Meal

Terbaru, bermula 21 Julai 2025 sehingga 31 Ogos 2025, Burger King Malaysia hadir dengan promosi King Jr. Meal yang hadir bersama koleksi patung Naruto. Sebanyak 8 watak dari siri animasi Naruto ditawarkan untuk dikumpulkan. Burger King Malaysia akan menawarkan satu watak secara rawak untuk setiap pembelian King Jr Meal.

Categories
Gaya Hidup

Netflix Menggunakan Runway AI Untuk Menjana Kesan Khas

Netflix kini mula menggunakan kecerdasan buatan dalam menghasilkan beberapa babak dan kesan khas pada siri TV dan filem mereka. Filem pertama yang menggunakannya adalah The Eternauts. Pihak Netflix dipetik mengatakan ini memudahkan studio kecil menghasilkan filem berkualiti, selain turut mempercepatkan proses penghasilan. Netflix menggunakan Runway AI dalam menjana kesan khas ini.

Categories
Gaya Hidup

The Coffee Bean & Tea Leaf Memperkenalkan Cookie Cups – Minuman Dalam Cawan Boleh Dimakan

The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia memperkenalkan inovasi terbaharu mereka menerusi pelancaran Cookie Cups – menu yang menggabungkan minuman dan biskut dalam satu hidangan. Dua pilihan rasa untuk Cookie Cup iaitu Cortado Cookie Cup dan Chocolate Cookie Cup, pada harga RM18.90 setiap satu.

Categories
Gaya Hidup

Ayam Gepuk Top Global Memperkenalkan Sub-Jenama Baharu – Bebeks By Top Global

Ayam Gepuk Top Global kini melangkah setapak lagi dalam menawarkan variasi untuk makanan tempatan dengan memperkenalkan sub-jenama baharu mereka, Bebeks by Top Global. Pelancaran Bebeks ini membuka ruang kepada jenama induk untuk bereksperimen dengan menu dan konsep baharu, tanpa lari daripada asas kualiti dan citarasa yang telah membina kepercayaan pelanggan mereka selama ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Mufti WP : Haram Menjana Gambar Orang Yang Telah Mati Menggunakan AI Tanpa Sebab

Menurut mufti Wilayah Persekutuan, hukum melukis gambar sama ada orang yang hidup atau yang telah meninggal dunia tanpa tujuan dan sebab yang munasabah hukumnya adalah haram menurut majoriti ulama. Namun penggunaan menghasilkan gambar digital untuk tujuan kemaslahatan dan keperluan seperti tujuan berdakwah dan pembelajaran tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kasut Nike Hyperice Mempunyai Ciri Mengurut, Menyejukkan dan Memanaskan Kaki Atlet

Sukan Olimpik sudah semakin hampir dan pelbagai jenama sukan ternama mula memperlihatkan inovasi terkini yang dipercayai boleh meningkatkan prestasi atlet yang ditaja. Kasut Nike Hyperice Boot telah diperlihatkan minggu ini dengan kemampuan mengurut, memanaskan dan juga menyejukkan kaki atlet yang memakainya. Terdapat butang pada tumit untuk mengaktifkan mod mengurut kaki serta buku lali.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sony Menawarkan Reon Pocket Di Malaysia – Alat Pendingin Hawa Dalam Baju

Sony kini membawa masuk satu lagi gajet menarik untuk pengguna di Malaysia, iaitu Reon Pocket. Ia merupakan sebuah alat penghawa dingin mudah-alih yang boleh dipakat di leher, sekaligus memberikan keselesaan sepanjang hari untuk pengguna. Sony Reon Pocket 5 ini dijual di Malaysia pada harga RM799.

Categories
Faktaria Gaya Hidup

Bulu Burung Huia Dijual Pada Harga Sekitar RM133,820 Sehelai

Pernahkah anda mendengar tentang burung Huia? Jika tidak, tahukah anda burung Huia merupakan spesies burung yang jarang ditemui. Apa yang menjadikan burung Huia ini unik adalah ia mempunyai kilauan logam hijau dan berwarna ungu kebiruan. Baru-baru ini, menurut Webb’s Auction House, mereka menerima bidaan untuk sehelai bulu burung Huia New Zealand dijual pada harga $46,521 NZD (sekitar RM133,820)

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MydinPay Diperkenalkan – Dompet Digital Untuk Pembayaran Di Gedung Mydin

Mydin hari ini secara rasminya telah memperkenalkan dompet digital versi baharu, dinamakan sebagai MydinPay – sekaligus memberikan lebih pulangan tunai dan mata ganjaran kepada para pembeli di gedung beli-belah Mydin seluruh negara. MydinPay ini dilihat dibangunkan oleh Wavpay, menawarkan kemudahan untuk melakukan tambah-nilai, dan membayar sejumlah perkhidmatan terus melalui dompet digital berkenaan.