Kilang vaksin halal Phamarniaga LifeScience yang dianggar bernilai RM300 juta kini telah berjaya mencapai kemajuan 90%, dijangka bakal beroperasi pada tahun 2024 – seperti apa yang disasarkan pada akhir November 2020 lalu. Selain pembangunan kilang vaksin bersama pengesahan oleh JAKIM, Pharmaniaga turut menyasarkan penyelesaian kilang insulin yang dijangka siap pada tahun berikutnya iaitu 2025, kini telah mencapai kemajuan pembangunan 70%.