Menurut data yang dikumpul oleh TomTom, Kuala Lumpur ialah bandaraya di tangga 143 paling sesak sepanjang 2022. Secara purata masa diambil untuk bergerak 10km di Kuala Lumpur ialah 16 minit 10 saat. Ini adalah peningkatan sebanyak 1 minit 40 saat berbanding tahun 2021 mengesahkan keadaan trafik di ibu negara menjadi semakin teruk seperti yang dikhabarkan. Secara purata pengguna jalan raya KL menghabiskan 159 jam setahun dalam kesesakan ini.
Categories
Penduduk Kuala Lumpur Membazirkan 159 Jam Setahun Dalam Kesesakan Jalan Raya
