Pada 25 Ogos 2024, satu ketul keju biru dari Sepanyol telah diiktiraf sebagai keju paling mahal yang dilelong dalam sejarah. Berdasarkan perkongsian Guinness World Records, keju Cabrales ini berjaya dijual pada harga €36,000 (sekitar RM181,000). Untuk pengetahuan anda, keju Cabrales ini diperbuat daripada susu lembu dan telah diperam selama 10 bulan di dalam gua semula jadi Los Mazos yang terletak pada altitud hampir 1,500 meter dari paras laut.
Categories
Keju Cabrales Catat Rekod Dunia Sebagai Keju Paling Mahal Pernah Dilelong – Mencecah Harga RM181,000
