Shopee kini memaklumkan semua pengguna yang mana ciri Shopee Feed akan dihentikan bermula 31 Ogos akan datang. Ikon Shopee Feed pada bahagian bawah aplikasi akan digantikan dengan Shopee Live. Menurut Shopee, ciri ini akan dihentikan agar penjual memanfaatkan ciri siaran langsung yang sedia ditawarkan.