Elon Musk pada awal pagi tadi, telah menyatakan ingin kembali untuk mengambil-alih Twitter. Lanjutan daripadanya, kini Elon Musk menyatakan pembelian Twitter akan mempercepatkan pembangunan X, iaitu sebuah aplikasi semua-dalam-satu. Info penuh mengenainya tidak diketahui lagi, tetapi Elon Musk dilihat berminat dengan model WeChat.
