Nationwide Express merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang telah beroperasi sekian lama, iaitu sejak 1985 yang lepas. Ia telah diasaskan oleh Tan Sri Basir Ismail. Namun, disebabkan oleh pelbagai cabaran, kini Nationwide Express menyatakan mereka akan menamatkan operasi perniagaan pada 15 Disember 2022 kelak.