Categories
Teknologi

Apple Dilaporkan Akan Tangguh Pengenalan iPadOS 16 Ke Bulan Oktober

Kebiasaanya, sebelum ini, Apple memperkenalkan kemaskini sistem operasi iOS untuk iPhone dan juga iPadOS untuk iPad serentak pada waktu yang sama. Namun, untuk tahun 2022 ini, ia akan berlaku pada waktu berbeza. Perkara ini disebabkan ciri multi-tugasan baharu, Stage Manager yang dilihat masih tidak lancar sepenuhnya pada iPad.

Categories
Uncategorized

TNB Akan Bina Menara Ikonik Selari Jambatan Pulau Pinang Untuk Bekalan Elektrik


Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membina menara sepanjang 8.5km yang dibina selari dengan jambatan Pulau Pinang untuk tujuan bekalan elektrik daripada Grid Nasional ke Pulau Pinang. Menara ini direka berkonsepkan buah pinang, dan dijangka siap pada 2024 kelak.

Categories
Teknologi

OnePlus 10T Kini Rasmi – Bakal Ke Malaysia Pada Awal September

OnePlus hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, dinamakan OnePlus 10T. Ia hadir dengan spesifikasi mercu, termasuk penggunaan cip Snapdragon 8+ Gen 1 terbaru, pengecasan pantas sehingga 150W, dan kamera utama 50MP dibelakang. Ia bakal dilancarkan di Malaysia pada awal September 2022 kelak.

Categories
Teknologi

Xiaomi Bereksperimen Dengan Kebolehan Mengawal Peranti Menggunakan Minda

Xiaomi kini berekesperimen dengan sejumlah idea baharu melalui hackathon di China, dan salah satu yang dibangunkan adalah peranti yang membolehkan peranti lain dikawal menggunakan minda sahaja. Ia dijayakan dengan membaca aktiviti otak, serta memantau emosi pemakai.

Categories
Gaya Hidup

McLaren Kini Menyertai Arena Fesyen Melalui Pengenalan Kasut Berharga RM2,000

McLaren merupakan salah satu jenama automotif yang sedia dikenali ramai. Terbaru, McLaren turut menyertai arena fesyen dengan memperkenalkan kasut mewah pertama mereka, dinamakan HySpeed. Ia ditawarkan pada harga $450, iaitu sekitar RM2000.

Categories
Teknologi

Ingat Winamp? Pemain Muzik Tersebut Kini Dikemaskini Dengan Versi Baharu

Winamp merupakan salah satu pemain muzik dan media yang popular suatu ketika dahulu, sebelum mulanya era penstriman muzik. Kini, selepas sekitar 4 tahun tidak dikemaskini, pembangun Winamp kini memperkenalkan kemaskini baharu yang sedia dimuat-turun pada komputer Windows.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pearson Ingin Menjual Ebuku Teks Dalam Bentuk NFT Untuk Keuntungan Jualan Semula

Pearson mengeluarkan buku teks untuk sekolah rendah, menengah dan universiti. Terbaru, mereka mengumumkan akan mula menawarkan buku teks versi digital mereka dalam bentuk NFT. Dengan ini setiap kali ia bertukar tangan mereka akan mendapat keuntungan dengan setiap jualan semula. Pearson berkata secara purata buku teks akan dijual semula sebanyak tujuh kali.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

DEGO Ride Mengatakan Boleh Membantu Mengurangkan Kesesakkan Jalan Di KL

DEGO Ride, salah satu penyedia perkhidmatan teksi-motorsikal di Lembah Klang, kini memohon kerajaan supaya membenarkan ia beroperasi secara sah, sekaligus membolehkan perkhidmatan tersebut dipasarkan meluas. Penggunaan teksi-motosikal juga dikatakan boleh mengurangkan kadar kesesakkan di jalan yang semakin meruncing akhir-akhir ini.

Categories
Teknologi

Asus Zenfone 9 Tidak Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Asus Malaysia kini mengesahkan mengatakan tiada perancangan untuk membawa masuk telefon pintar terbaru mereka, Asus Zenfone 9 ke pasaran Malaysia. Dengan ini, Asus dilihat memfokuskan penawaran ROG Phone untuk pasaran Malaysia.

Categories
Semasa

Malaysia Hasilkan 17,100 Tan Metrik Sisa Makanan Setiap Bulan

Kerajaan kini berkongsi mengatakan Malaysia menghasilkan 38,000 tan metrik pembuangan sisa pepejal setiap bulan. dan 45% daripadanya adalah pembuangan sisa makanan. Beberapa langkah kini sedang dilihat dalam mengatasi pembaziran ini.