Categories
Uncategorized

Instagram Mengesahkan Mereka Akan Lebih Memfokuskan Video

Instagram hari ini berkongsi mengatakan mereka akan kekal menyokong perkongsian gambar, tetapi masa depan adalah video. Ini selari daripada kaedah perkongsian kandungan oleh pengguna, disamping kandungan yang ditonton dan dilihat juga lebih kepada video berbanding gambar.

Categories
Uncategorized

Rusia Ingin Keluar Dari Stesen Angkasa Antarabangsa Selepas 2024

Rusia kini mengatakan mereka tidak akan meneruskan kerjasama menguruskan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas perjanjian tamat pada 2024. Sebaliknya, mereka akan membangunkan stesen angkasa tersendiri selepas itu.

Categories
Uncategorized

Saintis Menemui Spesies Ketam Baharu – Mempunyai Rambut Dan Bulu

Saintis kini menemui sejenis ketam baharu yang mempunyai rupa luaran unik, dimana ia mempunyai rambut dan bulu lebat dalam membantu ia menyamar dan elak diganggu hidupan laut lain. Keluarga ketam ini boleh ditemui di perairan Australia Barat.

Categories
Uncategorized

Microsoft Kini Menjual Lesen Windows 11 Pada Harga RM919

Microsoft kini telah mula menjual lesen sistem operasi Windows 11 secara berasingan, membolehkan anda membelinya di Malaysia pada harga RM919 untuk Windows 11 Home, dan RM1299 untuk Windows 11 Pro.

Categories
Uncategorized

Saintis Ubah Bangkai Labah-Labah Menjadi Mesin Mencengkam

Saintis kini berjaya menggunakan bangkai labah-labah menjadi mesin mencengkam – dengan menggunakan picagari udara ke badan bangkai, serta mengawal gerakan kaki untuk mencengkam. Bio-robot ini dijangka boleh digunakan dalam pemasangan mikroelektronik.

Categories
Uncategorized

Shin Ultraman Akan Ditayangkan Di Malaysia Pada 6 Oktober

GSC hari ini mengesahkan filem Shin Ultraman bakal ditayangkan di Malaysia pada 6 Oktober 2022 kelak. Filem ini sedia ditayangkan di Jepun sebelum ini, dan menjadi filem Ultraman dengan kutipan tertinggi buat masa ini.

Categories
Uncategorized

Hotel Genting Tawar Diskaun Sekiranya Anda Kemas Katil Sendiri

First World Hotel kini hadir dengan sebuah pakej dinamakan FWH, yang mana memberikan diskaun kepada penginap sekiranya memilih untuk mengurus dan mengemas katil sendiri. Pengunjung akan diberikan kit lengkap pembersihan dan untuk katil apabila daftar masuk ke hotel.

Categories
Uncategorized

Gabenor BNM : Ekonomi Malaysia Dijangka Berkembang Stabil Bagi Tahun 2022, 2023

Bank Negara kini menjangkakan struktur ekonomi negara akan berkembang stabil untuk tahun 2022 dan 2023 – selari dengan aliran permintaan domestik yang kukuh bersama peningkatan perbelanjaan pengguna. Namun, ia diakui negara tidak terlepas daripada tekanan inflasi dan krisis perdagangan.

Categories
Uncategorized

Nokia Dan Zeiss Bercerai Selepas 17 Tahun

Pada telefon Nokia, kita sedia melihat penjenamaan kamera Zeiss digunakan sejak sekian lama. Kini, selepas 17 tahun, kontrak Nokia dan Zeiss telah pun tamat. Nokia ZR20 merupakan telefon Nokia terakhir dengan penjenamaan Zeiss. Jenama Zeiss kini digunakan oleh Vivo pada telefon pintar mereka, selain Sony.

Categories
Uncategorized

Lego Kini Membolehkan Anda Hadir Dengan Figura Mini Diri Sendiri

Lego kini hadir dengan penawaran dinamakan Minifigure Factory, membolehkan anda mencipta sebuah figura mini berasaskan kepada citarasa diri anda sendiri. Buat masa ini, perkhidmatan ini terhad di Amerika Syarikat sahaja, dan dijangka diperluaskan tidak lama lagi.