Categories
Uncategorized

Marvel : Dua Filem Avengers Akan Ditayangkan Pada 2025

Bagi para peminat siri MCU, kini Marvel mengatakan MCU Fasa Ke-6 akan ditamatkan dengan dua filem Avengers, iaitu Avengers : The Kang Dynasty pada 2 Mei 2025, dan juga penutup Avengers : Secret Wars pada 7 November 2025. Beberapa filem turut akan ditayangkan dalam melengkapkan MCU Fasa 6 ini.

Categories
Uncategorized

Fitbit : Secara Purata, Pengguna Tidur Selama 6.5 Jam Pada 2021

Fitbit merupakan salah satu penyedia gelang tangan pintar yang digunakan orang ramai dalam mengukur corak tidur. Mengikut data yang dihimpunkan, secara purata, pengguna Fitbit dilihat tidur selama 6.5 jam sehari pada tahun 2021 lepas. Ramai masuk tidur pukul 11.18 malam, dan bangun pukul 7.03 pagi.

Categories
Uncategorized

Semua Fasiliti Kesihatan KKM Terima Pembayaran Nirtunai Bermula 1 Oktober

Kementerian Kesihatan Malaysia kini menyatakan semua fasiliti seperti klinik dan lain-lain dibawah mereka akan terima pembayaran secara nirtunai bermula 1 Oktober – melalui kad debit, kredit atau dompet digital. Tunai hanya diterima jika pelanggan tidak mempunyai akses sedemikian.

Categories
Uncategorized

China Ingin Menjadikan Bulan Pusat Pertahanan Bumi Dari Asteroid

China kini berhasrat membentuk pos keselamatan dan pertahanan di Bulan yang akan melindungi Bumi daripada serangan asteroid. Sebanyak tiga satelit akan digunakan, dengan teleskop pemantauan berpusat di Bulan. Satelit berkenaan juga akan digunakan dalam melanggar dan mengubah arah sesuatu asteroid yang berbahaya ke Bumi.

Categories
Uncategorized

Prototaip Apple-1 Milik Steve Jobs Kini Dilelong – Mungkin Mencapai Lebih RM2 Juta

Apple-1, komputer pertama Apple dan juga produk pertama yang direka oleh Steve Wozniak pada 1976 lepas. Prototaip awal untuknya yang dinamakan Apple Computer A dan dimiliki oleh Steve Jobs kini sedia dilelong dan akan berakhir pada 18 Ogos kelak.

Categories
Uncategorized

Liga Super 2023 Benarkan Sehingga 9 Pemain Import Dalam Satu Pasukan

Malaysian Football League, kini berkongsi mengatakan setiap pasukan di Liga Super 2023 kelak boleh mempunyai sehingga 9 pemain import, berbanding hanya 5 pemain pada ketika ini. Namun, hanya 6 daripada 9 pemain boleh didaftarkan pada hari perlawanan.

Categories
Uncategorized

X-Men ’97 Bakal Ditayangkan 2023 Dengan Kisah Magneto Sebagai Ketua X-Men

X-Men merupakan salah satu siri dibawah Marvel yang mempunyai peminat ramai. Kini, akhirnya, ia dibangunkan sepenuhnya dibawah Marvel Studios, dimana siri X-Men ’97 akan menyentuh berkenaan Magneto menerajui pasukan X-Men selepas Professor X meninggalkan mereka. Siri ini akan ditayangkan pada 2023 di Disney+.

Categories
Uncategorized

Spider-Man : Freshman Year Akan Hadir Pada 2024

Marvel kini mengesahkan siri Spider-Man : Freshman Year, akan hadir pada tahun 2024 kelak, melalui Disney+. Ia akan menyentuh berkenaan kisah watak Spider-Man sebelum menyertai MCU melalui filem Captain America : Civil War sebelum ini.

Categories
Uncategorized

TM Sasar Liputan Fiber Di Sabah Capai 58% Menjelang 2025

Telekom Malaysia kini berkongsi aspirasi baharu, menyasarkan pemasangan fiber optik di Sabah mencapai liputan 58% menjelang 2025 kelak. Ia dijangka akan menyambungkan sekitar 145,000 premis di negeri tersebut. TM juga menyasarkan penambahan TMiX di Sabah, selain sokongan CDN.

Categories
Uncategorized

Kapal Malaysia Airlines Baharu Gantikan Skrin Sistem Hiburan Terbina Dengan Peranti Milik Pengguna

Malaysia Airlines kini perlihatkan rekaan kabin baharu untuk pesawat Boeing 737-800 NG. Ia tidak lagi menyertakan skrin terbina pada setiap kerusi penumpang, sebaliknya penumpang perlu menggunakan telefon pintar atau tablet peribadi untuk akses sistem hiburan dalam pesawat.