Categories
Uncategorized

Elon Musk Mohon Penangguhan Perbicaraan Saman Twitter Di Mahkamah

Pasukan Elon Musk kini memohon penangguhan perbicaraan kes saman Twitter terhadap Elon Musk sehingga ke tahun 2023 kelak. Sebelum ini, Twitter telah memfailkan saman kerana membatalkan pengambil-alihan, dan meminta ia dibicarakan sekitar September kerana perjanjian pengambil-alihan awal akan tamat pada Oktober 2022 ini.

Categories
Uncategorized

Bill Gates Berazam Tidak Lagi Tersenarai Sebagai Antara Individu Terkaya Dunia

Bill Gates kini menyatakan hasrat untuk tidak lagi tersenarai sebagai antara individu terkaya dunia. Beliau kini menduduki tangga keempat di dunia, berhasrat menyerahkan kesemua harta kekayaan beliau kepada yayasan Bill and Melinda Gates Foundation.

Categories
Uncategorized

MySejahtera Untuk iPhone Dikemaskini – Ke Arah Menjadi Pasport Kesihatan

MySejahtera untuk iPhone kini dikemaskini, sekaligus menambah sebuah tab baharu dinamakan “Health Records”. Melaluinya, ia mengintegrasikan pelbagai maklumat kesihatan, termasuk rekod makmal dan jenis darah, selain rekod vaksinasi. Kemaskini untuk Android dijangka menyusul.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Arah Setiap Kementerian Tangguh Pembelian Aset Baharu – Kereta Mahupun Perabot

Kementerian Kewangan kini arahkan setiap kementerian untuk melaksanakan penjimatan perbelanjaan. Hal ini termasuk mengarahkan setiap kementerian tangguh beli aset baharu, termasuk melibatkan perabot dan juga kereta.

Categories
Uncategorized

Windows 12 Mungkin Diperkenalkan Seawal 2024

Kini hadir laporan baharu mengatakan Microsoft mungkin perkenal versi baharu sistem operasi Windows setiap tiga tahun sekali. Dengan langkah ini, kita mungkin akan melihat pengenalan Windows 12 pada 2024 kelak, tiga tahun selepas pengenalan Windows 11 pada 2021 lepas.

Categories
Uncategorized

Heinz Hadir Dengan Penawaran Kentang Goreng Dalam Bentuk Sudu

Heinz, salah satu syarikat terkenal dengan penawaran sos, kini memperkenalkan kentang goreng berbentuk sudu. Ia membolehkan anda mencedok sos yang diperlukan menggunakan kentang goreng tersebut, dan seterusnya memakan ia.

Categories
Uncategorized

Wordle – Permainan Tekaria Perkataan Popular, Bakal Hadir Dalam Versi Fizikal

Wordle merupakan salah satu permainan tekaria perkataan yang popular berasaskan web. Setiap hari, pemain diberikan satu perkataan yang perlu diteka. Kini, pihak Wordle turut umum kerjasama dengan Hasbro, dan bakal menawarkan permainan versi fizikal seawal Oktober 2022.

Categories
Uncategorized

Facebook Menguji Penggunaan Sehingga 5 Profil Untuk Satu Akaun Bagi Tujuan Berbeza

Facebook kini menguji membenarkan pengguna mempunyai sehingga lima profil berbeza dibawah satu akaun. Ini membolehkan anda membahagikan penggunaan – termasuk untuk kegunaan peribadi, keluarga terdekat, untuk kerja, untuk permainan, dan sebagainya.

Categories
Uncategorized

Kabinet Luluskan Draf RUU Larang Jualan Produk Tembakau, Rokok Dan Vape Kepada Mereka Yang Lahir Selepas 2005

Menteri Kesihatan kini mengesahkan kabinet telah luluskan draf RUU yang melarang jualan produk tembakau, rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005. Kini ia menanti pembentangan di Parlimen, untuk kelulusan sebelum diimplementasikan.

Categories
Uncategorized

Sejarah Pin Baju – Ideanya Terhasil Gara-Gara Ingin Melunaskan Hutang

Pin baju moden dikatakan telah dicipta Walter Hunt, apabila sedang memutar sepotong dawai kawat, dengan menghubungkan satu bahagian kepada bahagian menahan titik pin dalam sarung pelindung. Idea tersebut terhasil ketika beliau mencari sesuatu untuk melunaskan hutang 15 dolar. Kemudian, paten untuk rekaan ini dijual pada harga 400 dolar untuk melunaskan hutang beliau.