Spotify kini hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan Community, membolehkan anda melihat apakah yang rakan-rakan anda sedang dengar melalui aplikasi Spotify. Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.
Spotify kini hadir dengan sebuah ciri baharu dinamakan Community, membolehkan anda melihat apakah yang rakan-rakan anda sedang dengar melalui aplikasi Spotify. Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua.
Skuad bola sepak lelaki kebangsaan, Harimau Malaya kini mmenduduki tangga ke-147 mengikut kemaskini ranking FIFA terbaru – melonjak naik 7 tangga berbanding pada kedudukan 154 sebelum ini. Kali terakhir Malaysia dalam kolompok 150 teratas dunia adalah pada 2014 lepas.
NASA kini memilih tiga syarikat untuk menghasilkan dan membangunkan prototaip janakuasa nuklear untuk diuji pada permukaan bulan, yang boleh hasilkan tenaga 40-kilowatt selama 10 tahun. Janakuasa nuklear ini akan bekalkan kuasa kepada markas yang bakal dibina NASA di bulan.
China kini sedang melihat kepada perundangan baru, yang akan memerlukan semua komen perlu disaring terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada sesuatu laman. Ia dikatakan langkah ini untuk menjaga keselamatan negara – tetapi ada yang turut menganggapnya akan mengekang kebebasan bersuara.
Dengan kekurangan pemandu pada platform Grab, kini Grab Malaysia hadir dengan penaawaran bonus pendaftaran sehingga RM1,000 untuk individu yang berdaftar selaku raka pemandu baharu. Tawaran ini disediakan oleh Grab sehingga 31 Julai 2022 kelak.
Safee Sali yang merupakan penjaring terbanyak saingan Piala AFF 2010 sebelum ini, kini telah melancarkan koleksi NFT tersendiri, berjudul SEPULUH. Sebanyak 10 koleksi dilelong melalui platform OpenSea, yang mana turut membawa akses kepada komuniti khusus.
Bermula 7 Julai, penduduk Singapura boleh ke Malaysia melalui feri secara terus ke Terminal Feri Pantai Desaru, Johor. Perjalanan dijangka sekitar 90 minit, dan mampu menampung sekitar 330 penumpang untuk setiap perjalanan.
Satelit MEASAT-3d telah pun dilancarkan secara rasminya, sekaligus membawakan liputan sambungan komunikasi dan internet menyeluruh, 100% di Malaysia melalui perkhidmatan CONNECTme. Ia juga akan membolehkan penawaran internet berkelajuan 100Mbps melalui satelit ke kawasan pedalaman.
Amazon kini menyatakan mereka ingin membolehkan Alexa, pembantu maya digital berasaskan suara mereka itu untuk mimik suara sesiapa sahaja tidak lama lagi, sekaligus memudahkan anda mengalami pengalaman seumpama berinteraksi dengan orang yang tersayang.
Elon Musk kini mengatakan beliau tidak pernah kata orang perlu melabur pada kriptowang. Mengulas lanjut, beliau mengatakan Tesla, SpaceX dan beliau sendiri mempunyai pegangan peratusan kecil aset dalam bentuk kriptowang. Walaupun tidak pernah mengatakan secara terus, tetapi Elon Musk sering promosikan kriptowang seperti Dogecoin.