Categories
Uncategorized

Telegram Akan Lancar Pelan Berbayar Pada Bulan Ini


Pengasas Telegram kini mengesahkan mereka akan melancarkan pelan berbayar untuk aplikasi permesejan pada bulan ini. Ia dijangka menawarkan beberapa ciri tambahan kepada pengguna, termasuk perkongsian fail sehingga 4GB, kelajuan muat-turun lebih pantas, disamping sokongan tanpa iklan.

Categories
Uncategorized

Kelak, Anda Boleh Pinjam Desktop Dan Laptop Dari Perpustakaan Selangor

Perpustakaan Selangor kini berkongsi mengatakan bakal menawarkan kemudahan meminjam peranti seperti desktop dan laptop. Ia dijangka ditawarkan bermula Ogos 2022 ini, dan boleh dipinjam sekitar 3 minggu – sebelum memperbaharuinya lagi selepas itu.

Categories
Uncategorized

WhatsApp Group Kini Sokong Sehingga 512 Orang

WhatsApp kini mengemaskini penawaran mereka, dan menawarkan sokongan sehingga 512 orang dalam sesuatu WhatsApp Groups. Dengan langkah ini, lebih ramai boleh menyertai sesuatu Groups dalam membincangkan pelbagai perkara – dan menyokong saiz komuniti lebih besar.

Categories
Uncategorized

Kini, Terdapat Lebih Banyak Kenderaan Berbanding Manusia Di Malaysia

Terbaru, mengikut data kenderaan untuk tahun 2021 lepas, ia didapati bilangan kenderaan berdaftar kini berjumlah sebanyak 33.3 juta kenderaan. Ini sekaligus agak mengejutkan kerana populasi Malaysia berjumlah 32.7 juta sahaja buat masa ini – sekaligus menjadikan angka bilangan kenderaan adalah lebih tinggi berbanding angka manusia di Malaysia.

Categories
Uncategorized

NASA Tubuh Pasukan Kaji Fenomena UFO


NASA kini secara rasminya menubuhkan sebuah pasukan khas dalam mengkaji fenomena UFO (objek terbang tidak dikenali) yang sering diperkatakan ramai. NASA mengatakan mereka kelak akan kongsikan hasil dapatan kajian mereka bersama orang ramai.

Categories
Uncategorized

TikTok Ingin Elak Anda Berhenti Membazir Masa Melayari Video

TikTok kini umum sebuah ciri baharu untuk mengelak anda membazir masa dengan menatal video-video pada aplikasi tersebut tanpa henti. Ciri baharu yang ditujukan kepada pengguna remaja ini, akan papar notis kepada pengguna bila habiskan lebih 100 minit dalam sehari pada TikTok.

Categories
Uncategorized

Microsoft Mungkin Inginkan Semua Laptop Baru Guna SSD Bermula 2023

Storan berasaskan SSD adalah lebih baik berbanding cakera keras (HDD). Dengan perkembangan teknologi, Microsoft kini dilaporkan ingin semua pengeluar komputer riba tidak lagi menggunakan cakera keras sebagai storan utama menjelang 2023, sebaliknya mula menggunakan SSD bersama Windows 11.

Categories
Uncategorized

Ms Marvel – Siri Adiwira Terbaru Marvel di Disney+ Hotstar

Disney terus aktif menambah siri adiwira baharu, dan paling terkini mereka telah mula menyiarkan siri Ms. Marvel melalui Disney+ Hotstar. Ms. Marvel mengisahkan kisah remaja di sekolah, Kamala Khan yang meminati adiwira, sehinggalah beliau menerima kuasa tersendiri.

Categories
Uncategorized

Telegram Premium Bakal Hadir Pada Harga $4.99 Sebulan

Telegram Messenger merupakan salah satu perkhidmatan permesejan yang ditawarkan secara percuma. Tahun ini, Telegram dijangka akan memperkenalkan Telegram Premium – iaitu langganan berbayar dengan ciri seperti bebas iklan, perkongsian fail sehingga 4GB, dan kadar muat-turun lebih laju berbanding pengguna percuma.

Categories
Uncategorized

Proton Memperkenalkan Model Kereta Baharu – 2022 Proton X70 MC

Proton hari ini telah memperkenalkan kemaskini untuk model Proton X70, melalui versi baharu yang dinamakan sebagai 2022 Proton X70 MC (Minor Change). Ia membawakan enjin turbo 1.5L sama seperti pada X50, dan juga pilihan AWD. Lima variasi ditawarkan pada harga bermula RM93,900.