Categories
Sains Teknologi

PETRONAS Membangunkan Lapisan Proshield+ Yang Tahan Karat Dan Hakisan Sehingga 16 Tahun

Proshield+ dibangunkan sendiri oleh PETRONAS sebagai alternatif kepada cat epoksi yang digunakan industri sekarang. Tahap ketahanan air dan tahan ketahanan hakisan Proshield+ juga tiga kali ganda lebih baik berbanding cat epoksi. Ia hanya perlu digunakan sebagai bahan campuran cat dan boleh bertahan sehingga 16 tahun bersamaan dua kali ganda hayat cat semasa.

Categories
Semasa

Kereta Elektrik Boleh Menyebabkan Struktur Parkir Bertingkat Roboh

Di United Kingdom, isu baharu pula dikesan iaitu dengan jumlah BEV meningkat ia mungkin boleh merobohkan bangunan parkir bertingkat. Ini adalah kerana BEV adalah jauh lebih berat berbanding kenderaan ICE. Isu lebih serius di UK kerana kebanyakan struktur parkir dibina menggunakan piawaian dekad 50-60an ketika kenderaan adalah jauh lebih ringan.

Categories
Semasa

Rangkaian 5G Kini Mencapai 55% Di Kawasan Berpenduduk

Rangkaian 5G terus diperluaskan dari hari ke hari, dan kini rangkaian 5G telah mencapai 55% kawasan penduduk di Malaysia. Angka terbaru ini adalah setakat penghujung Mac 2023 yang lepas. Dengan pencapaian ini, hanya tinggal berbaki 25% lagi sebelum sasaran 80% untuk tahun 2023 ini dicapai.

Categories
Sukan

Son Tempa Sejarah Pemain Asia Pertama Cetak 100 Gol Di EPL

Pertembungan antara Tottenham Hotspur dan Brighton & Hove Albion pada aksi ke-30 Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan satu sejarah dan rekod baharu ditempa oleh pemain asia. Jaringan oleh penyerang sayap Spurs serta skuad kebangsaan Korea, Son Heung-min pada minit ke-10 telah mengangkatnya menjadi pemain asia pertama mencetak 100 gol dalam kancah bola sepak tertinggi di England.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Perluaskan Kredit e-Tunai Belia Rahmah RM200 Kepada Semua Pelajar Universiti Di Malaysia

Pada Belanjawan 2023 lepas, kerajaan sedia mengumumkan inisiatif bantuan e-dompet melibatkan para pelajar berusia 18 hingga 20 tahun. Namun, kini melalui perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim, ia diputuskan yang mana inisiatif bantuan e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 setiap seorang akan diperluaskan kepada semua pelajar universiti.

Categories
Semasa

Oppo Dilaporkan Sedang Membangunkan Pengecas SupeVOOC 300W

Oppo kini dilaporkan sedang membangunkan teknologi pengecasan baharu, iaitu sepantas 300W. Sistem pengecasan SuperVOOC 300W ini dijangka akan diperlihatkan pada penghujung tahun ini. Besar kemungkinan ketika acara Oppo Inno Day yang menjadi platform inovasi mereka diperlihatkan kepada umum. Dengan teknologi ini bateri sebesar 4450mAh dapat dicas dalam masa hanya lima minit.

Categories
Semasa Teknologi

Tesla Mulakan Carian Pekerja di Malaysia

Tesla sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan untuk memasuki pasaran Malaysia, termasuk membuka pusat servis dan juga rangkaian Supercharger. Selari dengannya, kini Tesla turut telah menyediakan sebuah halaman khusus, membolehkan orang ramai untuk memohon pekerjaan di Tesla Malaysia. Mengikut penyenaraian, Tesla sedang mencari pekerja dalam arena khidmat pelanggan, jualan, operasi, jurutera, dan juga melibatkan pengecasan.

Categories
Teknologi

Mark Zuckerberg Kini Menghabiskan Masa Dengan Memfokuskan AI

Pengasas Facebook atau kini dikenali sebagai Meta, Mark Zuckerberg, kini dikatakan sedang memfokuskan kepada pembangunan kecerdasan buatan (AI). Langkah ini dilihat berbeza dengan sebelum ini dimana Meta memfokuskan lebih kepada metamesta. Ia dikatakan sebahagian pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta akan turut digunakan dalam pembangunan metamesta mereka.

Categories
Teknologi

Kertas Putih Bitcoin Dilihat Tersembunyi Dalam Sistem Operasi Apple macOS

Pada setiap sistem operasi, terdapat sejumlah fail yang tersembunyi yang tidak diakses atau diperlihatkan kepada pengguna. Menariknya, kini salah satu fail ditemui di setiap versi sistem operasi Apple, versi macOS Catalina dan terkini – iaitu kertas putih Bitcoin yang awal. Kertas putih ini dilihat digunakan sebagai dokumen contoh pada aplikasi ‘Virtual Scanner II’.

Categories
Teknologi

Google Akan Tambah Ciri Chat Terus Pada Carian – Seperti ChatGPT Dan Bing

Google sedia berkongsi perancangan mengintegrasikan kecerdasan buatan pada carian, dan kini melalui temuramah bersama WSJ, CEO Google, Sundar Pichai menyatakan kelak pengguna boleh bertanyakan soalan dan berinteraksi pada carian Google. Dengan integrasi terus pada enjin carian, ia membolehkan data yang lebih terkini diketengahkan kepada pengguna.