Categories
Kewangan

Touch n Go Memperkenalkan Kad Prabayar VISA Secara Rasminya Untuk Semua – Dipautkan Dengan Baki TNG eWallet

Touch n Go hari ini secara rasminya memperkenalkan kad prabayar mereka yang dipautkan dengan baki TNG eWallet – hasil kerjasama dengan pihak VISA. Melalui kad prabayar ini, ia membolehkan anda menggunakan baki TNG eWallet pada kedai-kedai fizikal melalui penggunaan pembayaran pada terminal. Ini sekaligus menambah capaian dimana anda boleh menggunakan baki pada TNG eWallet.

Categories
Teknologi

Microsoft Dijangka Mengintegrasikan ChatGPT Pada Word, PowerPoint Dan Outlook

Kini ia dilaporkan, Microsoft akan mengintegrasikan sokongan ChatGPT ke dalam perisian yang dihasilkan mereka seperti Word, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi. Menerusi ChatGPT, ia akan digunakan untuk memudahkan pelbagai tugas di pejabat. Misalnya memberikan saranan suntingan ke atas emel yang telah ditulis, memberikan saranan menukar perkataan dan turut membantu mencari emel berdasarkan beberapa kata kunci.

Categories
Sains Semasa

SIRIM Bangunkan Piawaian Untuk Durian Musang King

SIRIM sedia menawarkan pensijilan dan piawaian untuk sejumlah produk, dan terkini mereka turut membangunkan pensijilan dan piawaian untuk buah Durian Musang King. Melalui integrasi teknologi tambahan juga, pengguna turut boleh menjejak keaslian buah durian berkenaan, termasuk mengesan punca dan lokasi pokok buah tersebut.

Categories
Semasa

India Kini Menjadi Negara Dengan Angka Populasi Manusia Tertinggi Dunia – Mengatasi China

India telah memintas China sebagai negara dengan jumlah penduduk terbanyak menurut laporan Bloomberg. Menerusi data yang diterbitkan oleh organisasi World Population Review, India dianggarkan mempunyai 1.417 bilion penduduk berbanding China yang mempunyai 1.412 bilion penduduk.

Categories
Sukan Teknologi

Apple Mungkin Membida Hak Penstriman Untuk EPL

Dengan pelbagai perkhidmatan penstriman di pasaran hari ini, pelbagai kaedah dilihat dalam memastikan pengguna terikat dan teruskan langganan bersama mereka. Terbaru, hadir desas-desus baharu mengatakan Apple mungkin membida untuk hak penstriman English Premier League melalui Apple TV+.

Categories
Teknologi

Windows Akan Datang Akan Mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) – Mengubah Bagaimana Kita Lakukan Tugasan

Microsoft kini berkongsi mengatakan mereka akan lebih mengintegrasikan kecerdasan buatan dalam sistem operasi Windows, sekaligus mengubah bagaimana kita lakukan tugasan harian. Mengikut beberapa desas-desus sebelum ini, ia dikatakan Microsoft akan mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan ChatGPT pada perisian produktiviti Microsoft Office mereka, selain pada Bing.

Categories
Kewangan Semasa

Selangor Rancang Jadi Bandar Metropolitan, Seawal 2029

Selangor dalam beberapa tahun mendatang, rancang untuk memiliki sebuah bandar metropolitan hasil gabungan empat bandar rayanya – yang terdiri daripada Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan kelak Klang. Jangkaan menjadikan Klang sebagai bandar raya dalam tempoh 2 tahun ini, akan membawa kepada perluasan kesinambungan bandar di dalam Selangor. Ini secara langsung meningkatkan lagi ciri metropolis pada segmen ekonomi negeri.

Categories
Sukan

Terengganu FC Lancar Platform Penstriman Video Eksklusif Kelab – RM7 Sebulan

Bagi berkongsikan video-video eksklusif kepada para peminat dan pendukungnya, Terengganu FC tampil melancarkan sebuah platform servis penstriman yang diberikan nama TFC Play. Pihak Terengganu FC memberi anggaran sebanyak 95 video eksklusif bagi akan dimuat naik bagi tempoh setahun untuk tatapan para pelanggan di TFC Play. Pelan langganan ditawarkan pada RM7 sebulan, atau RM60 setahun.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Grab Mengubah Struktur Tambang – Kini, Semakin Lama Disebabkan Kesesakkan, Semakin Mahal

Grab hari ini mengubah struktur tambang mereka, dimana tambang untuk setiap minit menjadi lebih tinggi. Hal ini sekaligus menguntungkan para pemandu Grab – dimana mereka akan menerima bayaran lebih baik ketika waktu puncak dan juga ketika kesesakkan lalulintas. Sebaliknya, untuk pengguna pula, mereka akan melihat sedikit perubahan pada kadar tambang bermula hari ini, 16 Januari 2023.

Categories
Semasa

Sabah, Sarawak Kini Berstatus Wilayah – Tidak Lagi Negeri

Sabah dan Sarawak kini telah alami perubahan status, tidak lagi diklasifikasikan sebagai negeri tetapi sebagai Wilayah. Makluman TPM Zahid Hamidi, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini – memperincikan perubahan tersebut adalah seiring dengan langkah Indonesia yang telah memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur – ini secara langsung menjadikan kedua wilayah sebagai lokasi potensi untuk pertumbuhan yang lebih strategik.