Categories
Teknologi

TM Mengacah Pengenalan Unifi Mobile 5G – “Uni5G”

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya mengacah pengenalan Unifi Mobile 5G kepada umum, melalui apa yang mereka namakan sebagai Uni5G. Buat masa ini, TM mengatakan ia akan hadir, tanpa sebarang tarikh pelancaran. Tetapi, mereka sedia menyatakan 5G sedia meliputi sejumlah kawasan, termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Categories
Semasa

PRU15 Akan Diadakan Pada 19 November

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kini mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dikuat-kuasakan pada 19 November 2022, pada hari Sabtu. Manakala bagi tarikh hari mengundi awal untuk kumpulan terpilih seperti penguatkuasa akan dilaksanakan pada 15 November, hari Selasa. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November.

Categories
Semasa

Kadar Tol AKLEH, GCE, LKSA Dan SILK Turun Sehingga 15% – Mulai 20 Oktober

Bermula 20 Oktober ini kadar bayaran tol bagi 4 lebuh raya di Lembah Klang, untuk fasa pertama akan alami penurunan. Ini melibatkan Lebuhraya Bertingkat AKLEH (Ampang-Kuala Lumpur), Lebuhraya GCE (Koridor Guthrie), LKSA (Lebuhraya Kemuning-Shah Alam) dan SILK (Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang). Pengurangan 4 lebuh raya tersebut akan memperlihatkan penurunan antara 8% hingga 15% buat pengguna.

Categories
Kewangan Semasa

30% Rakyat Malaysia Yang Bekerja, Akui Tidak Miliki Perlindungan Insurans

Ketika ini 1 daripada 3 rakyat Malaysia (30%) pada kumpulan usia utama antara 25 tahun hingga 40 tahun mengakui tidak miliki sebarang perlindungan seperti sokongan insurans, termasuklah insurans peribadi. Mengikut bancian pihak Zurich, 21% merasakan insurans yang disediakan majikan telah memadai, dan 14% merasakan tiada keperluan mendapatkan insurans.

Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Kini Tersedia Di Negeri Sembilan Dan Melaka

Melalui kemaskini peta liputan pada halaman DNB mahupun Yes, kini dilihat dua buah negeri telah mula menerima sokongan rangkaian 5G, iaitu di Negeri Sembilan dan juga Melaka. Untuk Negeri Sembilan, rangkaian 5G dilihat diliputi sekitar kawasan Seremban dan juga Senawang. Sementara di Melaka pula, ia adalah sekitar Batu Berendam, Ayer Molek dan Telok Mas.

Categories
Semasa

Bekalan Telur Ayam Didapati Berkurangan Di Peringkat Peruncit

Kini, ia didapati terdapat ketirisan bekalan telur ayam di peringkat peruncit. KPDNHEP telah dapati tiada berlaku sebarang pengurangan pengeluaran di peringkat ladang untuk pasaran di Negeri Sembilan. Kekurangan yang berlaku dilihat oleh kerana permintaan pembelian yang semakin meningkat di negara, apatah lagi dengan musim perayaan Deepavali.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Sedang Bangunkan Cincin Pintar Dengan Pengimbas Nadi Dan Sensor ECG

Samsung kini dilaporkan sedang membangunkan cincin pintar dengan ciri sama seperti sebuah gelang tangan pintar, iaitu untuk memantau kecergasan dan kesihatan pengguna. Cincin ini akan mempunyai pengimbas nadi optikal dan mempunyai sensor untuk ECG. Cincin ini juga didakwa boleh digunakan untuk mengawal telefon pintar, tablet atau televisyen.

Categories
Kewangan Semasa

Jumlah Penduduk Bandar Di Malaysia Bakal Meningkat Naik Kepada 84% Menjelang 2040

Malaysia sedia disasarkan mencapai sekitar 41.5 juta penduduk menjelang tahun 2040. Selari dengannya, kini kajian memperlihatkan sasaran populasi bandar di Malaysia akan meningkat kepada sekitar 84% pada tahun berkenaan. Ini sekaligus dijangka akan mendorong kepada peningkatan kualiti dari segi hidup, ekonomi dan pendapatan selari permintaan ramai.

Categories
Teknologi

Adobe Perlihatkan Sokongan Teks-Ke-Gambar Pada Photoshop

Adobe hari berkongsi sejumlah ciri baharu yang sedang dibangunkan. Salah satunya adalah sokongan integrasi kecerdasan buatan dalam penyuntingan gambar. Melalui salah satu konsep yang dipertontonkan hari ini, Adobe menunjukkan kebolehan guna AI dalam menjana gambar – dimana pengguna input teks, dan AI akan jana gambar untuk disunting pada gambar di Photoshop.

Categories
Sukan

Stadium Milik AFC Berkapasiti 10,000 Tempat Duduk Akan Dibina Di Putrajaya

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan sebuah stadium berkapasiti 10,000 tempat duduk miliknya akan dibina di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Malaysia iaitu Putrajaya – sekitar 30 kilometer (km) daripada ibu pejabatnya, AFC House di Bukit Jalil. Dimaklumkan stadium khusus untuk bola sepak ini akan didanai dengan bantuan program FIFA Forward.