Categories
Teknologi

Xiaomi Mengumumkan Nama Sistem Operasi Baharu – Xiaomi HyperOS

CEO Xiaomi hari ini secara rasminya mengumumkan sebuah sistem operasi baharu yang akan hadir bersama telefon pintar siri Xiaomi 14 mereka. Sistem operasi ini, dinamakan sebagai Xiaomi HyperOS. Sistem operasi ini akan berasaskan kepada Android, dan hadir dengan sejumlah pengoptimasian dan penambahan oleh Xiaomi.

Categories
Sukan

JDT Ceburi Arena Perlumbaan Motosikal Mulai 2024 – Berhasrat Sertai WorldSBK

Selepas cemerlang mendominasi saingan Liga Super Malaysia selama 10 musim berturut-turut, kini Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dimiliki oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim merangkap Tunku Mahkota Johor (TMJ) tampil mengumumkan melebarkan sayapnya dalam bidang sukan lain iaitu menceburi arena perlumbaan motosikal.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Astro Menamatkan Operasi Go Shop Berkuat-kuasa 11 Oktober

Astro kini mengumumkan mereka akan menghentikan sepenuhnya operasi Go Shop berkuat-kuasa 11 Oktober 2023 ini. Astro menyatakan langkah menghentikan operasi Go Shop diambil disebabkan oleh landskap ekonomi yang mencabar, selain perubahan gaya pembeli oleh para pengguna. Penurunan pembelian dan perubahan permintaan dapat dilihat sejak pandemik.

Categories
Sains

PERHILITAN Guna Permanian Beradas Bagi Mengelakkan Harimau Malaya Pupus

Pada ketika ini dianggarkan hanya terdapat 150 ekor Harimau Malaya liar masih hidup di dalam habitatnya. Aktiviti manusia khusus dalam sektor perladangan antara penyumbang utama Harimau Malaya kini diancam kepupusan. Bagi mengelakkan ini berlaku, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) kini memulakan program permanian beradas di NWRC yang terletak di Sungkai.

Categories
Gaya Hidup

Tinjauan Coway Dapati 78% Rakyat Malaysia Tidak Mendapat Rehat Secukupnya

Coway telah menjalankan tinjauan untuk mendapatkan corak rehat dalam kalangan rakyat Malaysia serta faktor utama yang mempengaruhi rutin tidur mereka pada waktu malam. Hasil penemuan daripada tinjauan itu mendedahkan maklumat seperti:
78% rakyat Malaysia tidak rehat secukupnya; dan 63% rakyat Malaysia tidur lebih lena dengan penghawa dingin.

Categories
Teknologi

Microsoft Pernah Ingin Jual Bing Kepada Apple

Enjin carian utama pada peranti Apple pastinya berbeza hari ini sekiranya mereka membeli Bing sekitar 2020 lepas. Menurut laporan Bloomberg, Microsoft pernah melakukan pertemuan dengan Apple untuk menjual Bing kepada Apple. Ini adalah dalam usaha bagi menggantikan Google sebagai enjin carian utama pada peranti Apple. Namun, pertemuan berkenaan tidak membawa kepada hasil.

Categories
Semasa

Kini Anda Boleh Guna Kad Debit Dan Kad Kredit Untuk Pembayaran Tol Di 11 Lebuhraya

Menteri Kerja Raya hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka, yang menyokong 11 lebuhraya. Dengan langkah ini, orang ramai boleh membuat bayaran tol bukan sahaja dengan kad Touch n Go, tetapi turut menggunakan kad debit, kad kredit, dan juga kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atau Mastercard.

Categories
Teknologi

ChatGPT Menggunakan 500ml Air Untuk Setiap 5 ke 50 Prompt

Mengikut pengkaji di University of California, kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan LLM yang lebih kurang sama, menggunakan sehingga 500 mililiter air untuk setiap 5 ke 50 prompt yang dijalankan. Dengan penggunaan global yang tinggi, ia sekaligus membawa kepada penggunaan air yang tinggi dalam menyejukkan pusat data berkenaan.

Categories
Teknologi

Microsoft Menamatkan WordPad – Akan Dibuang Melalui Kemaskini Windows

Microsoft kini memaklumkan yang mana WordPad tidak lagi dikemaskini, dan akan dibuang melalui kemaskini akan datang Windows. Bagi yang tidak mengenali akan WordPad, ia boleh digunakan untuk membuka fail-fail berformat .doc, .rtf, dan juga .txt. WordPad telah diperkenalkan secara rasmi sekitar 28 tahun lepas, melalui Windows 95. Sejak dari itu, WordPad disertakan pada pelbagai versi Windows terbaru.

Categories
Sains

Kajian Mendapati 56% Lautan Dunia Telah Berubah Warna Kerana Perubahan Iklim

Jika ditanya kepada anak kecil apakah warna laut, jawapan yang diberikan biasanya ialah biru. Tetapi kajian terkini daripada Massachusetts Institute of Technology mendapati warna lautan dunia sudah berubah sejak 20 tahun kebelakangan ini dari dahulunya kebiruan ke kehijauan. Perubahan ini lebih ketara di kawasan berhampiran garisan Khatulistiwa.