Categories
Uncategorized

Tesla Memperlihatkan Prototaip Awal Untuk Robot Berbentuk Manusia

Elon Musk hari ini memperlihatkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia yang sedang dibangunkan oleh Tesla. Robot ini dilihat boleh berjalan dan bergerak. Disamping itu, ia juga ditunjukkan yang mana robot ini boleh melakukan tugasan seperti menyiram pokok, atau bertugas pada bahagian operasi kilang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Menambah Ciri Kad Penderma Darah Digital

MySejahtera terus menambah ciri-ciri integrasi sebagai hab untuk pelbagai perkara berkaitan kesihatan seseorang pengguna. Terbaru, bermula Oktober ini, ciri baharu akan ditambah pada MySejahtera, iaitu kad penderma darah digital. Melalui kemaskini baru ini, ia akan memaparkan kad penderma darah secara digital, termasuk kelebihan dan juga bilangan seseorang telah menderma darah.

Categories
Sukan

JDT II Muncul Juara Liga Perdana, Kelantan Di Tangga Kedua

Johor Darul Ta’zim (JDT) II bergelar juara saingan Liga Perdana selepas mengatasi Selangor FC II 1-0 di Stadium UiTM, sebentar tadi. JDT II menutup saingan Liga Perdana musim dengan dengan 42 mata, terhasil menerusi 13 kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan. Mereka turut telah menghasilkan 38 gol dan hanya dibolosi 13 kali sepanjang saingan 18 perlawanan.

Categories
Teknologi

Geely Mengambil Pegangan 7.6% Pada Aston Martin

Geely sedia mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat automotif, termasuk pengeluar kereta tempatan, Proton. Terbaru, kini Geely turut mengambil pegangan sebanyak 7.6% pada pengeluar kereta mewah, Aston Martin. Dengan ini, Geely terus memperluaskan portfolio mereka. Geely pada hari ini turut mempunyai pegangan pada Lotus, Volvo Car, dan Mercedes-Benz.

Categories
Sains Teknologi

Hospital Kuala Lumpur Kini Menyediakan Perkhidmatan Pembedahan Menggunakan Teknologi Robot

Hospital Kuala Lumpur kini menjadi hospital kerajaan pertama yang menawarkan perkhidmatan pembedahan menggunakan teknologi robot. HKL menggunakan sokongan Robotic Surgery Assisted (ROSA) untuk pembedahan penggantian sendi lutut dan juga pinggul kepada pesakit.

Categories
Kewangan Semasa

Bilangan Penduduk Bekerja Di Malaysia Meningkat – Kini Seramai 15.98 Juta Individu

Pasaran buruh Malaysia terus menunjukkan perkembangan yang positif – apabila alami peningkatan 4.5% jumlah penduduk bekerja di negara kepada 15.98 juta individu. Data setakat Julai 2022 pada Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia ini jelas menunjukkan pertumbuhan buruh negara terus diperkasakan dari semasa ke semasa.

Categories
Gaya Hidup

Alternatif Kepada Susu Lembu – Nestlé Kini Menawarkan Minuman Tanpa Tenusu Di Malaysia

Nestle kini mula menawarkan pilihan rangkaian minuman tanpa tenusu, dibawah jenama Nestle Dairy Free. Dua variasi minuman yang ditawarkan adalah Nescafe dan juga Milo. Sebagai alternatif kepada susu, Nestle menggunakan susu badan dan juga oat sebagai ganti.

Categories
Teknologi

Twitter Perkenal Bentuk Paparan Video Baharu Seumpama TikTok

Twitter kini mula menguji bentuk paparan video yang baharu pada aplikasi mereka, iaitu secara menegak, dan boleh ditatal ke atas dan bawah, seumpama TikTok. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membuatkan pengguna lebih terikat dengan platform Twitter, disamping berkongsi lebih banyak video ke platform tersebut.

Categories
Gaming Teknologi

Google Menamatkan Perkhidmatan Penstriman Gaming – Stadia

Google hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan permainan berasaskan awan mereka, iaitu Stadia. Google akan menamatkan perkhidmatan ini sepenuhnya pada 18 Januari 2023. Google akan memulangkan kembali wang kepada para pembeli perkhidmatan Stadia.

Categories
Semasa

Roti Canai Dipilih Sebagai Makanan Jalanan Terbaik Dunia

Portal Taste Atlas meletakkan roti canai di kedudukan pertama dalam senarai makanan jalanan terbaik di dunia. Hidangan negara Asia lain turut mendominasi senarai Top 5 dengan Lumpiang Shanghai (Filipina) di tempat kedua, Karaage (Jepun) di tempat ketiga, Banh Mi (Vietnam) di tempat keempat dan Paratha (India) di tempat kelima.