Categories
Kewangan Semasa

Rakyat Malaysia Dijangka Perlukan Sekurang-Kurangnya RM1 Juta Dalam Simpanan Sebelum Bersara

Rakyat Malaysia yang ingin bersara dengan tenang dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun akan datang, dijangka memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta dalam akaun simpanan mereka. Mengikut perkiraan bahagian strategi KWSP, nilai ini diukur setelah mengambil-kira faktor inflasi dan kos perubatan yang perlu ditanggung ketika hari tua.

Categories
Gaya Hidup

Crocs Hadir Dengan Penawaran Kasut Bertemakan 7-Eleven

Crocs merupakan antara pengeluar kasut getah yang terbesar di dunia, dan telah sedia hadir dengan sejumlah rekaan unik sejak 2002 lepas. Terbaru, Crocs dilihat bekerjasama dengan 7-Eleven dalam menghasilkan kasut getah yang dilengkapi dengan elemen yang merujuk kepada kedai serbaneka popular tersebut. Sebanyak 4 rekaan bakal ditawarkan Crocs.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple iPhone 14, iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max Kini Mula Dijual Di Malaysia

Apple kini mula menjual tiga telefon pintar dibawah siri iPhone 14 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max. Model iPhone 14 dijual pada harga bermula RM4199, sementara iPhone 14 Pro bermula RM5299, dan iPhone 14 Pro Max pula bermula RM5799. Menjadi perhatian ramai pada tahun ini adalah ciri Dynamic Island pada siri Pro.

Categories
Teknologi

Bytedance Perkenal PICO4 – Set VR, Bakal Hadir Ke Malaysia Pada Oktober

PICO, anak syarikat dibawah Bytedance yang turut terkenal dengan penawaran aplikasi TikTok, kini telah memperkenalkan set realiti-maya atau VR mereka terbaru, iaitu PICO4. Menariknya adalah, kali ini PICO turut mengumumkan set ini bakal hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2022 ini.

Categories
Semasa

Sebuah Universiti Khas Untuk Wanita Dicadang Untuk Ditubuhkan Di Malaysia

Kementerian Pengajian Tinggi merancang untuk menubuhkan sebuah universiti khas untuk wanita. Pada hari ini, bilangan mahasiswi di IPTA adalah lebih 350,000 iaitu 61% daripada jumlah kemasukan pelajar, manakala lebih 530,000 iaitu 53% pelajar wanita memasuki IPTS.

Categories
Semasa

Malaysia Optimis Capai Sifar Miskin Tegar Menjelang 2025

Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu. Keyakinan ini berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi membantu golongan itu keluar dari garis miskin tegar.

Categories
Sains

Saintis Jepun Menggunakan Lipas Sebagai Robot Kecil Untuk Mencari Mangsa Terperangkap Dalam Ruang Kecil

Sekumpulan saintis dari syarikat penyelidikan teknologi Riken di Jepun telah berjaya menggunakan lipas sebagai sebuah robot carian bersaiz kecil. Mereka berjaya memasang sebuah filem sel solar dengan ketebalan 4 micron dan kelengkapan elektronik seperti komputer dan kamera kepada seekor lipas. Dengan saiznya yang kecil, ia boleh ke ruangan yang kecil, dan turut digunakan untuk mencari mangsa terperangkap.

Categories
Semasa

HappyFresh Menamatkan Operasi Di Malaysia

Setelah 7 tahun beroperasi, HappyFresh, penyedia perkhidmatan untuk menempah barangan runcit secara atas-talian, kini mengumumkan akan menutup operasinya, berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini diambil susulan situasi persekitaran ekonomi semasa yang telah memberi tekanan kepada pengurusan jenama. Sebelum ini, HappyFresh telah berhenti beroperasi sementara, dan kini menutup sepenuhnya operasi mereka di Malaysia.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Tidak Terlepas Berdepan Risiko Kelembapan Ekonomi Pada 2023 Kelak

Meskipun menegaskan struktur ekonomi Malaysia tidak gagal, Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara kekal akui Malaysia tidak akan terlepas daripada jangkaan berdepan cabaran kelembapan ekonomi global pada tahun 2023 kelak. Kesan kelembapan ekonomi diramalkan berlaku ke atas pemacu utama ekonomi seperti Amerika dan China, sekaligus turut memberikan kesan kepada Malaysia selaku negara berteraskan ekonomi terbuka.

Categories
Teknologi

Telegram Mengurangkan Harga Langganan Telegram Premium Di Malaysia – Kini RM13.90 Sebulan

Telegram telah memperkenalkan perkhidmatan Telegram Premium pada bulan Jun 2022 lepas, pada harga langganan RM22.90 sebulan. Ketika pengenalan, ramai merungut harganya mahal, dan kini Telegram dilihat mengemaskini harga langganan untuk pasaran Malaysia, kepada RM13.90 sebulan. Telegram Premium tawar perkhidmatan bebas iklan, muat-turun lebih laju, perkongsian fail lebih besar, dan beberapa ciri tambahan lain.