Categories
Sukan

JDT Julang Piala FA Buat Kali Kedua Di Bawah Era TMJ

Pasukan berpangkalan di selatan semenanjung tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) berhasil memahat sejarah menjulang trofi kejohanan Piala FA buat kali kedua di bawah teraju TMJ. Kejuaraan itu hadir selepas skuad berjulukan Harimau Selatan ini berhasil menumpaskan Terengganu FC dengan keputusan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Di Sekolah Kini Tidak Lagi Diwajibkan

Selari dengan keputusan KKM tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup sejak Rabu lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengesahkan ia juga tidak lagi diwajibkan di premis sekolah. Pelajar yang menunjukkan simpton demam, batuk dan selesema masih diwajibkan memakai pelitup muka di kawasan tertutup dan di kawasan terbuka pula ia adalah digalakkan.

Categories
Semasa

Melaka Ingin Bina Jambatan Atau Terowong Hubungkan Indonesia

Melaka kini menyatakan hasrat untuk menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera melalui jambatan atau terowong pada jarak sekitar 120 kilometer. Pembangunan ini dijangka akan mengambil masa sekitar 20 tahun, dan memberikan impak positif kepada kedua-dua negara dari segi ekonomi.

Categories
Teknologi

Proton Tubuh Anak Syarikat Memfokuskan Pemasaran Kereta Elektrik

Proton kini telah menubuhkan sebuah anak syarikat baharu, dinamakan PRONET – Proton New Energy Technology. Ia akan memfokuskan kepada pemasaran kenderaan elektrik dan tenaag baharu, bermula dengan pengedaran kereta SMART #1 yang akan bermula pada tahun 2023 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Instagram Sedang Uji Ciri “Regram” Untuk Perkongsian Semula Di Feed

Kini Instagram sedang menguji ciri lebih kurang sama, membolehkan pengguna berkongsi semula kepada rakan-rakan yang mengikuti profil mereka. Ciri ini masih pada peringkat ujian, dimana pengguna dipaparkan butang berkongsi semula pada Feed, dan perkongsian dihimpunkan pada sebuah tab khusus pada profil.

Categories
Sukan

Final Piala FA: Polis Tidak Benarkan Powerbank Dibawa Masuk Dalam Stadium

Powerbank menjadi salah satu barangan larangan untuk dibawa masuk ke dalam Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA melibatkan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Sabtu, 10 September. Powerbank diharamkan kerana ianya merupakan objek keras, yang boleh mencederakan dan digunakan untuk membaling kepada penyokong lawan.

Categories
Sains

Bukti Terawal Amputasi Tubuh Manusia Berusia 31,000 Tahun Ditemukan Di Kalimantan

Amputasi ialah prosedur terakhir diambil apabila anggota tubuh tidak lagi boleh digunakan bagi menyelamatkan nyawa. Selama ini bukti terawal manusia melakukan prosedur amputasi ditemukan di Perancis. Tetapi pasukan saintis dari Indonesia dan Australia kini menemukan bukti ia sudah wujud sekak 31,000 tahun yang lalu, di sebuah gua batu kapur di Kalimantan Timur.

Categories
Teknologi

Rangkaian 5G Dilancarkan Secara Rasmi Di Pulau Pinang

Yes kini telah pun melancarkan rangkaian 5G secara rasminya di Pulau Pinang, sekaligus membolehkan orang ramai mendapatkan kad SIM Yes 5G, dan menikmati rangkaian 5G berkelajuan tinggi di sejumlah lokasi terpilih sekitar negeri Pulau Pinang. Yes merupakan satu-satunya penyedia telekomunikasi yang kini menyediakan rangkaian 5G kepada pengguna.

Categories
Gaya Hidup

Adidas Dan Hello Kitty Hadir Dengan Penawaran Kasut Yang Direka Khusus

Adidas dan Hello Kitty kini bekerjasama, dan menawarkan koleksi kasut bertemakan Hello Kitty. Ia hadir dengan 3 pilihan kasut, iaitu Adidas Superstar, Adidas Forum Low dan juga Adidas Astir. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Arab Saudi sahaja, dan tidak diketahui lagi bila akan diperluaskan ke pasaran global.

Categories
Gaya Hidup

Siri Teletubbies Bakal Hadir Ke Platform Penstriman Netflix

Netflix hari ini telah mengumumkan pelbagai rancangan pra-sekolah akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut termasuk juga rancangan yang sangat popular di kalangan kanak-kanak sesuatu masa dahulu iaitu Teletubbies. Tinky Winky, Dipsy, Laa-Laa dan Po akan kembali dengan musim baharu bermula pada 14 November dengan musim pertama akan mempunyai 26 episod dengan setiap-nya 12 minit.