Categories
Gaya Hidup Teknologi

TikTok Akan Memperkenalkan Ciri Video Eksklusif Yang Dikenakan Bayaran

Ramai golongan Generasi Z melihat menjadi pencipta kandungan sebagai kerjaya yang ideal. Dalam membolehkan pencipta kandungan terus menjana pendapatan, TikTok kini bersedia memperkenalkan ciri membenarkan pencipta kandungan mengenakan bayaran untuk menonton video-video eksklusif.Bayaran bermula $1 boleh dikenakan oleh pencipta kandungan untuk video di platform TikTok.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Bank Negara Malaysia : 30% Rakyat Malaysia Akui Hutang Membebankan Aliran Tunai

Ternyata sekitar 30% rakyat negara akui, tanggungjawab hutang ketika ini dilihat membebankan aliran tunai mereka dalam jangka masa panjang. Dapatan Bank Negara Malaysia (BNM) berlandaskan Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 itu, turut menjelaskan perolehan hutang sebahagiannya telah disumbang hasil gaya hidup yang tidak sihat di awal permulaan kerjaya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

JPJ Perkenal Penggunaan Lesen Memandu Dan Cukai Jalan Secara Digital

Kementerian Pengangkutan Malaysia bersama Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini memperkenalkan kaedah pendigitalan bermula dengan pelaksanaan Lesen Kenderaan Motor Digital dan juga Lesen memandu Malaysia Persendirian Digital. Dengan langkah ini, pengguna boleh memuat-turun aplikasi MyJPJ, dan mendaftarkan diri dan kenderaan untuk simpanan dan rujukan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Malaysia Kini Mempunyai 33 Juta Orang Penduduk

Malaysia kini mempunyai seramai 33 juta orang penduduk. Mengikut perincian, jumlah penduduk ini merangkumi warganegara seramai 30.4 juta orang sementara bukan-warganegara pula seramai 2.6 juta orang. Mengikut jantina pula, populasi lelaki terus mendominasi dengan 17.4 juta penduduk, diikuti perempuan seramai 15.6 juta. Secara nisbahnya 114 lelaki bagi setiap 100 perempuan telah dicatatkan negara setakat ini.

Categories
Gaya Hidup Sains

Kajian Dapati Terdedah Ke Udara Tidak Bersih Untuk Tempoh Lama Tingkatkan Risiko Kemurungan

Menerusi jurnal yang dikeluarkan oleh JAMA Psychiatary, individu yang terdedah kepada udara kotor atau persekitaran dengan kualiti udara yang teruk untuk tempoh yang lama cenderung untuk mengalami kebimbangan dan depresi. Hal ini kerana, berada di kawasan udara yang bersih adalah penting dalam memastikan tahap kesihatan mental yang baik.

Categories
Gaming Gaya Hidup Teknologi

Netflix Menghasilkan Anime Dengan Bantuan Kecerdasan Buatan – Disebabkan Kekurangan Pekerja

Dengan populariti integrasi kecerdasan buatan dalam pelbagai perkhidmatan, kini Netflix dilihat turut menghasilkan animasi pendek di Jepun, dengan bantuan kecerdasan buatan. Melalui animasi pendek sepanjang sekitar 3 minit, Netflix Jepun menggunakan penjanaan grafik berasaskan kecerdasan buatan. Seterusnya, grafik yang dijana berkenaan diintegrasikan dalam animasi pendek tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pesaing TikTok Dari YouTube, Shorts Kini Mencatatkan Lebih 50 Bilion Tontonan Setiap Hari

Sejak diperkenalkan, YouTube Shorts berkembang secara positif dari hari ke hari, dan terbaru, YouTube berkongsi mengatakan lebih 50 bilion tontonan pada YouTube Shorts berlaku setiap hari. Pada tahun 2022, YouTube berkongsi data mengatakan sebanyak 30 bilion tontonan berlaku pada Shorts ketika itu.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Ingin Berkongsi Pendapatan Pengiklanan Bersama Pencipta Kandungan

Elon Musk hari ini menyatakan Twitter akan mula berkongsi pendapatan pengiklanan bersama para pencipta kandungan. Elon mengatakan pendapatan pengiklanan daripada iklan yang dipaparkan pada bebenang Tweet seseorang pengguna tersebut akan dikongsikan bersama. Walaubagaimanapun, pengguna atau pencipta kandungan perlu melanggan Twitter Blue terlebih dahulu sebelum layak untuk perkongsian pendapatan ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Kini Mempunyai Lebih 2 Bilion Peranti Aktif Di Seluruh Dunia

Apple nampaknya terus mendominasi arena peranti elektronik, dan melalui perkongsian terbaru, gergasi teknologi tersebut mengatakan kini terdapat lebih 2 bilion peranti Apple yang aktif digunakan pengguna di seluruh dunia. Ini adalah termasuk penggunaan iPad, Mac dan juga iPhone.

Categories
Gaya Hidup Semasa

15,000 Kedai Makan, Restoran – Kini Sedia Menu Berharga RM5 Dan Ke Bawah

Selari dengan matlamat negara, untuk mengurangkan bebanan kos kalangan rakyat yang berpendapatan rendah – sekitar hampir 15,000 kedai makanan, restoran telah turut serta menawarkan menu makanan siap berharga RM5 dan ke bawah mulai hari ini, buat pengguna. Inisiatif ini disokong MYDIN, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) dan juga Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.