Categories
Gaya Hidup Teknologi

Tetikus Initial D Membolehkan Anda Menatal Pantas Dari Kedai Tauhu Fujiwara Ke Akina

Initial D ialah manga yang ikonik dengan siri animasi yang mempunyai ramai peminat. Ramai mengenai kereta Toyota AE86 yang dipandu oleh Takumi Fujiwara dengan ia mencapai status kultus di kalangan peminat sukan drift. Bagi peminat tegar, tetikus berbentuk AE86 Initial D kini telah pun dijual di Jepun.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pendapatan Tim Cook Dipotong 40% Oleh Apple Untuk Tahun 2023

Tim Cook ialah CEO yang menerima gaji dan pendapatan tertinggi di dunia di belakang Elon Musk dan Robert Scaringe. Ini adalah kerana sejak meneraju Apple, pendapatan syarikat terus meningkat melangkaui yang dicapai di bawah Steve Jobs. Sungguhpun pendapatan syarikat masih lagi baik dengan produk masih laku, Apple masih akan memotong pendapatan Tim Cook sebanyak 41.7% pada tahun 2023 ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Elon Musk Kini Pemegang Rekod Kehilangan Nilai Kekayaan Terbesar Dalam Sejarah

Elon Musk ialah pemilik Tesla, SpaceX dan Twitter. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai manusia terkaya dunia pada penghujung 2021. Dengan keadaan ekonomi yang agak goyah sekarang, saham Tesla telah menjunam 70% berbanding kemuncak pada November 2021. Menurut laporan Buku Rekod Guinness, Musk kini secara rasmi memegang rekod kehilangan nilai kekayaan terbesar dalam sejarah.

Categories
Gaya Hidup

Kerajaan Memperkenalkan Klasifikasi Kandungan Umur 12 Dan 16 Tahun

Kerajaan kini menambah klasifikasi untuk kandungan yang baharu. Penambahan yang disertakan adalah P12 dan juga 16 – dimana P12 memerlukan bimbingan ibubapa bagi mereka yang berumur bawah 12 tahun, sementara 16 pula adalah membolehkan untuk kandungan ditonton oleh mereka berumur atas 16 tahun. 13 juga turut diperkenalkan untuk kandungan memfokuskan mereka berumur atas 13 tahun.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sudah 16 Tahun Sejak iPhone Diperkenalkan Oleh Steve Jobs

9 Januari ialah ulang tahun ke-16 mendiang Steve Jobs memperlihatkan iPhone kepada dunia buat pertama kali ketika acara MacWorld. Beliau mengacah peranti baharu yang menggabungkan sebuah telefon, iPod dan pelayar internet dalam satu tubuh yang kompak. Sejak dari pengumumannya, kini iPhone telah membawa pelbagai perubahan kepada arena peranti mudah-alih.

Categories
Gaya Hidup

Bosan Kereta Satu Warna Sahaja? – Kereta Konsep BWM i Vision Dee Boleh Berubah Ke 32 Warna Berbeza

DI CES 2023, kenderaan konsep BMW i Vision Dee (Digital Emotional Experience) diumumkan – boleh berubah ke 32 warna berbeza dalam sekelip mata. Sebanyak 240 panel e-ink berwarna digunakan, bukan sahaja pada tubuh, tetapi juga pada bahagian penutup roda. Selain tubuh berubah berwarna yang futuristik, i Vision Dee juga dilengkapi sistem HUD yang dipancarkan ke skrin hadapan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Nokia Kini Menawarkan Telefon Pintar Dengan Fon Telinga Tersimpan Dalam Kerangka

Nokia kini telah membawa salah satu telefon baru untuk pasaran tempatan. Nokia 5710 XpressAudio ini agak unik dari segi rekaan, dimana ia menyertakan fon telinga secara terbina pada bahagian belakang peranti untuk mudah diakses dan juga tidak hilang ke mana-mana. Di Malaysia, telefon Nokia 5710 XpressAudio ini dijual pada harga RM339.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

PDRM Dan Whoscall Bekerjasama – Memudahkan Mengenal-pasti Panggilan Telefon “Scammer” Atau Penipu

PDRM kini bekerjasama dengan pihak Whoscall dalam berkongsi data, sekaligus memudahkan pengguna memasang aplikasi Whoscall dan mengenal-pasti panggilan telefon dari penipu atau “scammer”. Dengan adanya Whoscall, pengguna akan dipaparkan dengan info pemanggil ketika panggilan masuk ke telefon pengguna – dan sekiranya ia adalah panggilan atau mesej daripada scammer, maka ia akan dilabelkan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Menerima Pengesahan Untuk Aplikasi ECG Di Malaysia

Samsung kini telah menerima pengesahan untuk aplikasi Samsung ECG App di Malaysia, sekaligus memperlihatkan sokongan untuk aplikasi ECG pada peranti Samsung bakal diperkenalkan tidak lama lagi untuk pengguna tempatan. Samsung sebelum ini sedia menambah ciri ECG berkenaan melalui jam tangan pintar Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch5 – dimana kedua-duanya dijual di Malaysia. Dengan pengesahan ini, ciri ini dijangka diaktifkan untuk pengguna tempatan tidak lama lagi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

AFEELA Ialah Jenama Kereta Elektrik Dibawah Kolaborasi Sony Dan Honda

Sony Honda Mobility hari ini mengumumkan kereta elektrik yang dihasilkan oleh mereka akan dipasarkan di bawah jenama AFEELA. Tiada maklumat mengenai kuasa motor, saiz bateri dan jarak perjalanan yang mampu dilakukan AFEELA, tetapi ia disahkan menyokong pemanduan empat roda serta menyasarkan akan dipasarkan menjelang 2026.