Categories
Gaya Hidup Teknologi

Netflix Akan Mula Menghalang Perkongsian Kata Laluan Bermula 2023

Menurut laporan WSJ, Netflix akan mengembangkan program menambah profil ini ke Amerika Syarikat bermula 2023, dan selepas itu mungkin ke pasaran global. Ujian penambahan profil bagi mengelakkan perkongsian kata laluan. Netflix menjejak IP dan lokasi akaun digunakan. Apabila mengesan akaun diakses dari dua lokasi berbeza, pelanggan akan diberikan notifikasi supaya menambah profil dengan bayaran tambahan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

TGV Melancarkan Panggung Wayang Khusus Untuk Kanak-Kanak Di One Utama

Menonton wayang adalah sukar sekiranya anda mempunyai anak-anak kecil. Mereka enggan duduk diam dan ingin bermain-main di dalam panggung sehingga menimbulkan kemarahan penonton lain. Untuk golongan ibu bapa, TGV telah melancarkan panggung baharu TGV Junior dengan kerjasama Mattel Continental Asia di One Utama – yang mempunyai tempat permainan seperti khemah dan gelongsor terbina.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MIROS Mencari Penunggang Motosikal Untuk Kajian Rintis Pemasangan Sistem Amaran Pelanggaran Motosikal

MIROS kini dilihat mula mencari penunggang motosikal untuk kajian rintis amaran pelanggaran motosikal. Sistem yang dipasangkan pada motosikal ini dijangka memberikan amaran dalam masa yang mencukupi sekiranya menghampiri kemalangan, dan seterusnya memberi ruangan kepada penunggang untuk mengelak kemalangan atau pelanggaran.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Bercadang Membawa Masuk Kereta Elektrik Dibawah RM100,000 Ke Malaysia

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi kini mengatakan kerajaan bercadang untuk membawa masuk kereta elektrik dengan harga dibawah RM100,000 ke pasaran Malaysia. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan lebih ramai beralih dan menggunakan kereta atau kenderaan yang dijana berasaskan kuasa elektrik.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Menteri Sedang Bincang Bersama SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan sedang berbincang dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk kurangkan kos harga perkhidmatan. Menurut Menteri Fahmi Fadzil, ramai anak muda yang berharap agar harga langganan talian dapat dikurangkan, dan kini kajian sedang dilakukan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Di Malaysia

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 kepada para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan untuk 5G. Mengikut semakan kasar, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Prasarana Cadang Sedia 100 Bas Elektrik Pada 2024

Prasarana, syarikat disebalik RapidKL kini merancang menyediakan sekitar 100 bas elektrik menjelang 2024 kelak. Ini adalah termasuk memperkenalkan 45 bas mini elektrik dengan ukuran panjang antara 7m hingga 8m, diikuti 55 bas elektrik bersaiz besar dengan ukuran 10 hingga 12m.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Paling Kaya Di Dunia

Elon Musk kini dilihat menjadi manusia kedua terkaya di dunia, sekaligus kehilangan takhta manusia paling kaya di dunia yang dipegang sejak 2021 lepas. Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga saham Tesla. Kini menduduki tangga teratas sebagai manusia terkaya dunia buat masa ini adalah CEO LVMH, Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama seperti Louis Vuitton.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Hadir Dengan Pencabar Untuk Apple Mac Mini

Xiaomi Mini PC kini hadir sebagai komputer kompak yang menjimatkan ruang di meja kerja. Xiaomi Mini PC ini hadir dalam bentuk tubuh berbentuk kiub yang diperbuat daripada bahan aluminium. Xiaomi Mini PC dilengkapi cip Intel Core-i5 Gen-12, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB PCIe 4.0 VVMe SSD dan grafik Intel Iris Xe. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

CapCut Kini Menjadi Antara Aplikasi Yang Dimuat-Turun Paling Tinggi – Mencabar Aplikasi Sosial

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyuntingan video yang kini semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari. Ia dibangunkan oleh syarikat sama disebalik TikTok, dan kini menduduki antara carta aplikasi yang tinggi dimuat-turun setiap bulan. Ini sekaligus dilihat mencabar aplikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.