Categories
Gaya Hidup

PUMA Dan Coca-Cola Bekerjasama, Tawar Rekaan Kasut Dan Pakaian Eksklusif

PUMA dan Coca-Cola kini bekerjasama dan hadir dengan koleksi edisi khas yang meraikan warisan kedua-dua jenama tersebut, merangkumi pakaian dan kasut. Ia hadir dengan rekaan warna klasik dan retro. Koleksi ini boleh dibeli pengguna Malaysia bermula 1 September, melalui laman PUMA.com.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Dijangka Memperkenalkan iPhone 14 Pada 8 September

Apple kini dilaporkan dijangka memperkenalkan siri iPhone terbaru, iaitu iPhone 14 pada awal September ini, 8 September waktu Malaysia. Selepas pengenalannya, ia dijangka mula dijual pada pertengahan September ini dibeberapa buah negara.

Categories
Gaya Hidup

Adidas Perkenal Fon Kepala Yang Dicas Semula Dengan Kuasa Solar

Adidas kini memperkenalkan sebuah fon kepala baharu, yang menariknya hadir dengan sokongan pengecasan solar. Panel solar ini diletakkan di bahagian angkup kepala. Selain cahaya matahari, ia juga boleh dicas menggunakan cahaya lampu. Pengecasan biasa berasaskan USB-C turut disertakan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

53% Pekerja Di Malaysia Dilaporkan Tidak Mendapat Tidur Yang Cukup

Berdasarkan tinjauan AIA Vitality, ia menunjukkan ramai pekerja di negara tidak memiliki tidur yang mencukupi. 53% akui tidak memiliki tidur yang mencukupi, kurang daripada 7 jam sehari. Sementara 14% lagi mengatakan mereka memiliki kualiti tidur yang sangat lemah.

Categories
Gaya Hidup

Pengguna Malaysia Berbelanja Lebih RM1.5 Bilion Untuk Teh Mutiara Pada 2021

Mengikut data terbaru yang dihimpunkan, rakyat Malaysia dilihat membelanjakan sekitar RM1.5 bilion sepanjang 2021 dalam membeli teh mutiara, atau turut dipanggil teh boba. Malaysia adalah negara lima teratas di Asia Tenggara yang meminati teh mutiara ini, dan pasaran ini dijangka kekal dengan permintaan tinggi untuk beberapa tahun lagi.

Categories
Gaya Hidup

Kasut Kulit Ini Mempunyai Bahagian Belakang Yang Lembut Untuk Disarung Seperti Selipar

Sebuah firma di Jepun kini hadir dengan rekaan kasut dinamakan Borderless Genuine Leather Shoes, menawarkan rekaan bahagian belakang berhampiran tumis kasut yang lebih lembut berbanding bahagian kasut lain. Ini sekaligus memudahkan pemilik sarung kasut seperti selipar, dan tidak merosakkan bahagian belakang kasut tersebut.

Categories
Gaya Hidup

Tealive Memperluaskan Penawaran Minuman Kopi – Akan Dijenamakan Sebagai Coffee By Tealive

Syarikat induk Tealive sedia mempunyai penawaran seperti BaskBearCoffee untuk segmen kopi. Tetapi, ia tidak menghentikan mereka untuk hadir dengan sebuah penawaran kopi terus dibawah Tealive, dijenamakan Coffee By Tealive. Buat masa ini, menu yang ditawarkan agak terhad, tetapi dijangka akan diperluaskan secara berperingkat oleh pihak Tealive.

Categories
Gaya Hidup

Tahukah Anda? 5 Jenis Kain Yang Tidak Sesuai Dicuci Menggunakan Pelembut Fabrik

Pada hari ini, penggunaan pelembut fabrik telah menjadi kebiasaan ketika membasuh pakaian pada mesin. Tetapi, tahukah anda, terdapat 5 jenis fabrik yang tidak sesuai dicuci guna pelembut fabrik, iaitu pakaian sukan, tuala mandi, tuala dapur mikrofiber, pakaian kalis api dan juga fabrik kalis air.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Galaxy Buds 2 Pro Boleh Kenal Pasti Postur Kepala, Beri Peringatan Regangkan Leher

Disebabkan penggunaan peranti, kita sering melihat kebawah, dan bukan ke hadapan. Ini sekaligus memberikan tekanan pada leher, dan mungkin memberi kesan jangka masa panjang. Dalam membantu pengguna, kini fon telinga terbaru Samsung hadir dengan ciri memantau posisi postur kepala, dan beri peringatan kepada pengguna untuk regangkan leher.

Categories
Gaya Hidup

Disney Kini Mempunyai Lebih Ramai Pelanggan Berbayar Perkhidmatan Penstriman, Berbanding Netflix

Disney kini mencatatkan peningkatan pelanggan perkhidmatan penstriman video, sekaligus mengatasi angka pengguna Netflix. Walaubagaimanapun, angka Disney ini bukan terhad kepada Disney+ semata, tetapi turut meliputi Disney+ Hotstar, Hulu dan juga ESPN.